Leona Lepas Gian Mahu Pergi Ke Bazar Ramadan, Excited Sampai Request Nak Naik Motor Sahaja!

Anak pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona sanggup pulang ke Malaysia demi melepaskan rasa gian atau keinginannya untuk ke bazar Ramadan.

Sebelum ini, Azhar telah memaklumkan kepulangan anaknya itu daripada United Kingdom (UK) kerana mahu berbuka puasa bersama keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Leona Tak Lekat Di UK, Pulang ke Malaysia Untuk Berpuasa Bersama Keluarga

Dalam perkongsian tersebut, Leona sempat meluahkan hasratnya untuk ke bazaar ramadan dengan menaiki motor.

“Saya nak naik motor lepas tu pergi bazaar ramadan. Tapi, kena naik motor, saya taknak naik kereta,” katanya.

Akur dengan permintaan anaknya, Azhar turut penuhi keinginan Leona dengan membawanya ke bazar dengan menaiki motor.

Menerusi perkongsian di TikTok, Leona turut memuat naik videonya menaiki motor bersama ayahnya.

Malah, Leona turut kelihatan sangat teruja menikmati pengalaman menaiki motor untuk ke bazar kerana tidak perlu menghadap masalah kesesakan lalu lintas.

“Sekarang saya nak ke bazar bersama ayah saya dengan menaiki motor. Sebenarnya, the reason why saya suka naik motor sebab kalau naik kereta akan jam lepastu ganggu mood kita nak ke bazar dan saya suka naik motor,” katanya.

@leonsmeonssYay♬ original sound – Leona 🦋

Fatin Nurain