Lepas Akaun TikTok Manchester United Guna Sound, Kini Ryan Bakery Terima ‘Bluetick’ Pula!

Pempengaruh media sosial, Ryan Bakery berkongsi berita gembira di Insta Story miliknya dengan memaklumkan akaun TikToknya telah menerima tanda pengiktirafan ‘bluetick’.

Menerusi hantarannya, dia dilihat menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan dengan menonton dan menerima kandungan digital yang dihasilkannya.

“Akhirnya! Dapat juga! Terima kasih semua yang telah support saya dan sudi menerima content saya sebagai hiburan awak semua,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, Ryan Bakery atau nama sebenarnya Muhammad Ryan Fahmi Bakery, 27 turut berjanji akan terus menghasilkan kandungan yang dapat menghiburkan peminatnya.

“Saya akan terus berkarya sejauh mana penerimaan awak semua terhadap content saya,” tulisnya.

Untuk info, Ryan Bakery terkenal dengan menghasilkan kandungan video parodi pendek yang mengimbas Kembali zaman kanak-kanak pada tahun 90-an.

Dia turut dipilih menjadi ikon perniagaan minuman, Bubblebee milik pelawak, Shuib Sepahtu.

Terdahulu, heboh diperkatakan apabila sebuah video yang dimuat naik oleh kelab bola sepak terkenal, Manchester United telah menggunakan suara latar belakang Ryan Bakery di platform TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Smart woo, Sancho” – Netizen Teruja TikTok Rasmi Manchester United Guna Sound Ryan Bakery!

Sehingga kini, akaun TikTok rasmi @ryanbakery telah memperoleh 2.9 juta pengikut dan lebih 77 juta tanda suka untuk video keseluruhan.

Atiqah Johari