Baru-baru ini, anak kepada pelakon veteran Kazar Saisi iaitu Ira Kaza telah dipanggil oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bagi membantu siasatan berhubung tindakan saman yang difailkan oleh Puteri Sarah Liyana atas dakwaan menganggu rumah tangga aktres itu.
Memetik laporan Harian Metro, Ira Kaza dilaporkan akan ditahan oleh pihak JAWI dan disiasat berdasarkan Seksyen 38 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 berkaitan menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan.
Ia membabitkan mana-mana orang yang menghasut, memaksa atau memujuk mana-mana orang lelaki atau orang perempuan supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan dan tanggungjawabnya sebagai suami atau isteri dikira sebagai melakukan suatu kesalahan.
Justeru itu, sekiranya sabit kesalahan, Ira Kazar boleh didenda tidak melebihi RM5,000 ATAU penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Terdahulu, Ira Kaza , 27, dipanggil bagi membantu siasatan berhubung tindakan saman yang telah difailkan Puteri Sarah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 24 Jun lalu dan dua aduan di pejabat agama.
ARTIKEL BERKAITAN:Susulan Tuntutan Kes Saman Puteri Sarah, Ira Kaza Kini Dipanggil JAWI
Walau bagaimanapun, tujuan saman ini dibuat adalah untuk menuntut keadilan dan memperjuangkan haknya sebagai wanita dan isteri yang teraniaya.
Terdahulu, Puteri Sarah mendedahkan kepada umum bahawa rumah tangganya bersama pengarah terkenal, Syamsul Yusof telah diganggu oleh orang ketiga selepas empat tahun menahan derita.
Sumber: Harian Metro
Moga baik baik sajalah ya
Ubah gaya hidup!
Impian Ajai tercapai...
Tak perlu berbalah, chill okay