Lepas Insiden Kena Cium, K-Clique Bawa Bodyguard?

Ahli kumpulan Hip Hop, K-Clique, MK mengaku tidak berasa rimas dengan layanan diterima daripada segelintir peminat wanita ‘obses’

Tambah MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin, dia juga tidak bercadang untuk menggunakan khidmat bodyguard bagi tujuan keselamatan.

“Selepas berita saya dicium peminat di sebuah acara baru-baru ini, saya belum ada rasa takut dengan peminat.

“Saya faham tindakan itu adalah diluar kawalan. Komen-komen di sosial media yang membuatkan isu ini jadi lebih besar sedangkan saya anggap itu perkara biasa.

“Kalau ditanya, saya tak adalah sampai rasa takut dengan peminat sampai nak pasang bodyguard. Saya sedar saya dan ahli kumpulan bukan siapa-siapa lagi,” katanya kepada Xtra.

MK ketika ditemui di sidang media Konsert Haus Boom Music di Soro Lounge, Pavilion Elite, Kuala Lumpur, semalam.

Sementara itu, MK menjelaskan ini bukan pertama kali kumpulan mereka berdepan dengan peminat ‘ganas’.

“Kami pernah berdepan dengan situasi begini seperti khemah, pagar roboh sebelum ini. Saya dan anggota kumpulan lain anggap benda ini biasa. Tiada apa yang perlu dirisaukan.

“Malah kami bersyukur dengan penerimaan peminat terhadap kewujudan kami di dalam industri nyanyian,” akhiri MK.

K-Clique bakal membuat persembahan di sebuah konsert anjuran Haus Boom bersama dengan penyanyi terkenal antaranya Ella, Hujan, Pop Shuvit, Bunkface, Gerhana Ska Cinta dan Budak Nakal Hujung Simpang pada 10 November depan di Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC).

SGMS Faida