Categories: HiburanSelebriti

LINDSAY LOHAN PELUK ISLAM?

Kepada sesiapa sahaja yang mengikuti perkembangan London Fashion Week atau followers tegar Datin Norjuma ataupun influencer terkenal Indonesia, Dian Pelangi semestinya sudah mengetahui dan melihat sendiri gambar idola mereka ini ber-swafoto bersama bintang antarabangsa yang dulunya penuh dengan kontroversi iaitu Lindsay Lohan.

Walaupun public masih tidak mengetahui status rasmi agama yang dianuti oleh bintang antarabangsa ini, namun jelas sekali kelihatan Lindsay Lohan siap berpakaian abaya dan berhijab sesuai dengan tema acara itu. Pelakon yang berusia 31 tahun ini semestinya menjadi perhatian oleh mereka yang bergiat aktif dalam dunia fesyen muslimah. 

Lindsay kelihatan manis berhijab di London Fashion Week

Sebelum ini, Lindsay telah mendedahkan dia telah membaca 15 muka surat al-Quran dalam bahasa Inggeris, berpuasa selama tiga hari pada bulan Ramadan dan mendengar al-Quran melalui aplikasi yang dimuat turun melalui telefon bimbit nya. Dalam satu rancangan bual bicara Kuwait yang dikendalikan oleh hos terkenal Shoaib Rashid, Lindsay mengakui berasa tenang apabila membaca ayat suci al-Quran.

Gambar candid Lindsay bersama Datin Norjuma

Influencer terkenal Indonesia, Dian Pelangi bersama Lindsay Lohan

Pada tahun lepas juga, bintang antarabangsa ini telah memuat naik kata-kata menerusi laman sosial beliau yang berbunyi;

“What action are most excellent? To gladden the heart of human beings, to feed the hungry, to help the afflicted, to lighten the sorrow of the sorrowful, and to remove the sufferingsof the injured.” (Bukhari)

Apapun, mungkin ini adalah salah satu langkah yang diambil oleh Lindsay untuk mendalami Islam? Kami di xtra.com.my mendoakan yang terbaik buat Lindsay! 

Salma Syahbuddin