Lisa BLACKPINK Menang ‘Wajah Wanita Tercantik Asia 2019’!

Bukan sesuatu yang mengejutkan apabila anggota kumpulan BlackPink, Lisa atau nama sebenarnya Lalisa Manoban meraih undian tertinggi dan seterusnya menduduki tempat pertama senarai ‘Wajah Wanita Tercantik Asia 2019’ menerusi satu kajian yang dikeluarkan oleh TC Chandler Asia. 

Ini kerana Lisa merupakan anggota kumpulan BLACKPINK dengan jumlah pengikut yang paling ramai di Instagram iaitu sebanyak 26.9 juta!

Selain Lisa, AngelaBaby dan pelakon Gal Gadot juga tersenarai. Malah, anggota BLACKPINK yang lain seperti Jennie, Rose dan Jisoo menduduki tangga ketiga, ke-13 dan ke-22. 

Populariti BLACKPINK meningkat selepas lagu comeback mereka berjudul Ddu Du Ddu Du menjadi hit pada 2018. 
 
Tahun ini, Shila Amzah juga mendapat tempat di dalam senarai tersebut di tangga ke-100. Malaysia Boleh!!

 

Kredit Foto: Instagram @lalalalisa_m

Del14