Featured By: Salma Syahbuddin November 25, 2021 @ 3:16pm

Lisa BLACKPINK Positif COVID-19, YG Entertainment Sahkan Ahli Lain Tidak Dijangkiti

Anggota kumpulan K-Pop terkenal BLACKPINK, Lisa kini disahkan positif COVID-19 selepas perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh pihak pengurusan artis berkenaan, YG Entertainment.

Menurutnya, Lisa disahkan positif COVID-19 pada 24 November 2021 dan tidak mengalami sebarang tanda dijangkiti COVID-19 memandangkan beliau juga telah menerima suntikan lengkap vaksin.

“Lisa menerima keputusan ujian pada 24 November lebih awal daripada jadual penggambarannya. Malah, dia tidak mengalami sebarang gejala penyakit berkenaan,” katanya.

Namun, difahamkan tiga lagi anggota BLACKPINK iaitu, Jennie, Rose dan Jisoo dilaporkan negatif dari dijangkiti wabak berkenaan menerusi satu kenyataan rasmi agensi tersebut kepada media sebentar tadi.

“Keempat-empat ahli BLACKPINK telah lengkap suntikan vaksin COVID-19 dan semua artis kami telah mengambil langkah berhati-hati termasuklah, ujian kesihatan yang akan diambil dari semasa ke semasa,” jelasnya

“BLINKS everywhere, please pray for Lisa! “

Trending nombor satu di laman Twitter, rata-rata peminat dan ahli kelab peminat kumpulan k-pop ini iaitu, BLINKS  mendoakan agar penyanyi yang popular menerusi lagu LaLisa ini segera sembuh.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 25 Jul 2019

Tahniah…Ammar Drama Band Selamat Bergelar Bapa!

Ammar Habir memaklumkan isterinya, Sheila Abdul selamat melahirkan bayi perempuan, Ahad lalu.

Hiburan Tue, 4 Jun 2019
Featured Sun, 5 Jun 2022
Luar Negara Mon, 30 May 2022

Schumacher Terbabit Kemalangan Ngeri Di Litar Monaco

Mick Schumacher alami kemalangan kedua di litar Monaco selepas kemalangan di Arab Saudi.

Trending Mon, 17 Dec 2018

Pelumba Cub Prix Terpantas Jempol Meninggal Dunia

Al-fatihah buat keluarga Allahyarham Mohd Nor Azman

Fab Foodies! Fri, 18 May 2018

Menu Jimat Dapur Bersama Chef Imelda Harris

Bersesuaian dengan tema hari ini iaitu menu jimat dapur, kos untuk membuat mee sup cendawan bebola ikan menggunakan bahan-bahan di bawah RM 10. Jimat kan?

Hiburan Wed, 7 Aug 2019

Dah Sampai Seru…Syazwan Zulkifly Bertunang 31 Ogos Ini!

Sudah sampai seru, buat apa perlu tangguh kan?

Hiburan Wed, 20 Nov 2019