Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
Featured By: Aqilah Paharuzi February 15, 2023 @ 6:28pm

Luah Rasa Kesal, Puteri Balqis Berang Dilayan Seperti Anjing Kurap? – “Industri Makin Kejam & Sampah” 

Perkongsian terkini pelakon remaja berbakat besar, Puteri Balqis mengundang 1001 persoalan yang meluahkan perasaan berang terhadap segelintir pihak dalam industri lakonan Malaysia.

Puteri Balqis atau lebih mesra disapa sebagai Aqish itu tidak berpuas hati apabila abangnya, Farris dilayan seperti anjing kurap ketika di set penggambaran.

“Industri Malaysia makin lama makin kejam dan sampah. Bila nak, siang malam call. Suruh cancel yang lain. Time tu lah keluar semua ayat manis, kenal Aqish dari kecik. Kenal mak dia dari zaman muda.

“Bila tiba time shoot, Farris tanya elok-elok, semua diam. Walhal dia cukup sopan bercakap dengan semua production. Buat Farris seperti anjing kurap,” dedahnya.

Dalam masa yang sama, Aqish seakan memberi bayangan tidak bersetuju apabila ramai pihak yang mengendahkan isu masalah di tempat produksi.

“Pelakon tak datang set sebab production tak ok, viral satu Malaysia. Production buat pelakon macam sampah, semua diam. Skrip sekarang bertambah sampah, watak utama bagi kat pelakon lama.

“Tiba watak sampingan, tertulis di skrip, watak sampingan mesti cantik. Kami yang pelakon utama, dilumur macam-macam selagi mau nak nampak hodoh. Ayat berulang-ulang, kalau boleh nak penuh satu muka surat, tapi isi kosong,” ujarnya lagi.

Di kesempatan itu, Aqish turut memuji produksi yang dikendalikan oleh pelajar perfileman lebih matang daripada pihak produksi sedia ada.

“Short filem student 1000 kali ganda lagi gempak. Idea semua luar kotak. Skrip tak perlu panjang berjela macam cerita Melayu tapi boleh menang award kat luar.

“Production yang baik pula, crew dilayan sama taraf dengan pelakon. Tak ada pilih kasih. My respect for them, tapi sayang, suara mereka tak didengar.

“Pishang bhai berlakon kat Malaysia. Harap masih ada production yang bagus, Cuma mungkin jarang jumpa. Selebriti kepala bana dia. Kat belakang ni, kitaorang yang penat kena lumur dengan lumut satu badan,” akhirnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 19 Jun 2022

“Saya Tak Nak Masuk TV Buat Masa Ni” – Adibah Noor Tolak Tawaran Rakaman Lagu Pada Tarikh Pengebumian

Adibah Noor tolak tawaran untuk keluar televisyen seolah-olah tahu dirinya akan pergi buat selamanya.

Hiburan Sat, 26 Apr 2025
Trending Tue, 30 Apr 2024
error: Content is protected !!