Lucu! Bonda Rozita Terkejut Dapat ‘Gift’ Di TikTok – “Sudah… Jangan Bagi!”

Tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Rozita Ibrahim atau lebih mesra disapa Bonda di laman Instagram yang memaparkan dia dan anak, usahawan Datuk Seri Aliff Syukri sedang membuat sesi live di aplikasi TikTok.

Menerusi hantaran tersebut, Bonda mengatakan bahawa ini adalah kali pertama dia melakukan live di TikTok dan kurang tahu mengenai hadiah atau ‘gift’ yang diberikan oleh penonton sesi terbabit.

Bonda mendedahkan dia terkejut selepas menerima banyak ‘gift’ secara berturut-turut dari pemilik akaun bernama Sultan Taufiq.

Menurut Bonda, dia malu apabila diberi hadiah sebegini memandangkan dia tidak tahu cara bermain aplikasi TikTok dan turut meminta pengikutnya untuk tidak memberikan hadiah.

“Sultan kasi hadiah? Singa empat ekor? Ikan paus? Kucing? Merapu-rapu Kri ajar saya live TikTok. Malam tadi Kri sudah tidur dek Kri.

“Saya tak faham kenapa kasi duit, orang gelakkan saya. 14,400 tengok live TikTok bonda. Kri @aliffsyukriterlajaklaris marah saya kenapa dia tak dapat hadiah macam itu. Saya tak faham lah Kri ni. Saya orang tua, mana tahu TikTok!

“Terima kasih TikToker Sultan_taufiq yang menggamatkan saya dan Kri malam tadi,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat gelagat Bonda dan Aliff yang terkejut apabila diberi pelbagai hadiah.

“Bonda cute. Tak apa duit tu Bonda sedekah balik ke orang yang memerlukan.

“Ada sebab netizen bagi. Sebab mereka tahu Puan akan sedekah pada yang lebih berhak. Supaya amalan sedekah ini berpanjangan. Mereka lega ada tangan yang mampu beri pada yang berhak melalui ini.

“Saya tengok semalam. Seronok tengok gelagat Bonda dengan Datuk Aliff dapat gift. Bonda terpinga-pinga, yang Datuk dah gembira seronok tapi tak puas hati kenapa bonda yang dapat. Hehehe comel je semalam,” komen netizen.

Tidak mendiamkan diri, Bonda turut membalas di ruangan komen dengan mengatakan bahawa duit yang diberi kepadanya semalam akan diberikan kepada mereka yang memerlukan.

“Betul Puan. Memang Bonda akan sedekahkan semula kepada yang lebih memerlukan,” balasnya.

 

Dharnieya Nur Amelsa