Hiburan By: SGMS Faida August 28, 2019 @ 1:14pm

M Nasir Buka Peluang Untuk BBNU?

Komposer dan penyanyi terkenal, Datuk M Nasir sentiasa memberi peluang kepada penyanyi muda untuk menyanyikan lagu ciptaannya.

M Nasir yang ditemui pada sidang media Konsert M Nasir Satu Hikayat – 40 Tahun Perjalanan di Bangsar memberitahu dia sedia memberikan lagu kepada penyanyi baharu tetapi dengan syarat.

“Kalau artis baru itu rasa dia bagus, jangan segan untuk datang jumpa saya. Yang penting penyanyi itu harus ada ‘jiwa’ ketika menyanyi,” katanya ringkas. 

Akui M Nasir,  ada beberapa bakat muda yang dilihat mempunyai potensi untuk menyerlah.

“Tidak perlu saya kongsi siapa. Tetapi memang ada yang bagus. Jangan takut jumpa saya,” katanya. 

Bercakap mengenai konsert yang bakal diadakan pada 23 November depan, konsert ini cukup istimewa kerana mengimbas perjalanan karier seninya sejak empat dekad.

“Saya akan menyampaikan lebih 20 lagu popular daripada album pertama sampai sekarang,” katanya.

Konsert M Nasir Satu Hikayat anjuran Shiraz Projects Sdn Bhd itu bakal berlangsung jam 8.30 malam di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 23 November nanti.

Maklumat mengenai tiket layari www.myticket.asia.

Wartawan: Fas

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sun, 9 Feb 2020

Karpet Merah #AJL34 Lebih Bergaya Dan Stylo!

hangatkan malam AJL34 guys!

Hiburan Tue, 2 Jul 2019

‘Kenapa Menangis Depan Saya?’- Naz Rahman Terkejut Didatangi Individu Tak Dikenali

Benar kata orang, kita akan dapat tahu segala kebaikan seseorang setelah dia meninggal dunia.

Events Fri, 20 Jul 2018

#daiTV3 Pendakwah Nusantara Musim Ke-6 Kini Bermula!

Jangan lupa saksikan program Dai’ Pendakwah Nusantara Musim Ke-6 di TV3 sekarang!

Hiburan Sat, 4 Aug 2018

Wow! Kendall Jenner Tak Berahsia Lagi

Pasangan ini dilihat tidak lagi merahsiakan hubungan mereka daripada orang awam. Mereka juga dilihat sering berjalan sama di Los Angeles.