Featured By: Salma Syahbuddin September 6, 2023 @ 12:15pm

Tunai Umrah Bersama, Abang Tesla Reveal Wajah Isteri Kedua! Netizen Komen: “Macam Ira Kazar”

Pempengaruh media sosial, Muhammad Khal Iltizam Yusry atau dikenali sebagai Abang Tesla kembali menjadi tumpuan selepas dia memuat naik foto bersama kedua-duanya isterinya, Nurmadjina Jamari, 28 dan Nursyafiqah Mohd Hanafi, 22.

Menerusi hantaran terkini di Instagram, Abang Tesla memaklumkan dia dan dua isterinya itu bakal berangkat ke Turki dan kemudian menunaikan umrah bersama-sama.

“Perjalanan pertama kami bersama-sama. Turki dan Umrah,” tulisnya pada kapsyen berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khal Iltizam (@abg.tesla)

 

Wajah isteri kedua jadi tumpuan

Perkongsian Abang Tesla itu sekaligus mencuri perhatian dalam kalangan warganet yang selama ini berteka-teki mengenai rupa paras isteri keduanya.

Bagaimanapun, menerusi pemerhatian XTRA di ruangan balas berkenaan, rata-rata warganet memuji wajah isteri pertama Abang Tesla, Nurmadjina Jamari kelihatan lebih cantik dan berseri jika dibandingkan dengan isteri keduanya, Nursyafiqah.

Bahkan, ada yang berseloroh mengatakan wajah Nursyafiqah persis isteri kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar.

Terdahulu, Abang Tesla menjadi bualan hangat warganet selepas berkongsi video di TikTok momen terakhir bersama isteri pertamanya sebelum diijab kabulkan untuk kali yang kedua.

Malah, kenyataan kontroversinya sebelum ini yang mengatakan ‘Isteri pertama untuk dihargai dan isteri kedua untuk dicintai’ ternyata mengundang kemarahan masyarakat terutamanya golongan wanita.

ARTIKEL BERKAITAN:”Yang Saya Belajar Isteri Pertama Untuk Dihargai, Isteri Kedua Untuk Dicintai” – Kongsi Video Deeptalk, Abang Tesla Bikin Ramai ‘Naik Hantu’

ARTIKEL BERKAITAN:”Nak Buat Konten Otak Letak Kat Kepala Bukan Kat Tesla” – Jadi Wakil Isteri- Isteri & Wanita Tersakiti, Dr Say Tak Tolak Poligami Tapi…

ARTIKEL BERKAITAN:’Backup’ Suami Isu Poligami, Isteri Pertama Abang Tesla Tampil Beri Respons Padu

ARTIKEL BERKAITAN:”Baca Al-Fatihah Pun Tak Betul, Bila Bab Kawin Dua Semua Nak Ikut Sunnah” – Isteri Caprice Titip Pesanan Padu, Minta Wanita Jangan Mudah Kena ‘Pijak’!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 24 Aug 2020
Events Wed, 1 Aug 2018

Selamat Ulangtahun Ke-18 Red Box Karaoke!

Jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati ganjaran yang ditawarkan sempena ulang tahun yang ke-18 Red Box Karaoke!

Featured Tue, 16 Aug 2022

Tukar Nama Kepada ‘Azri Alexander’? Azri Iskandar Batal Hasrat Sebab…

Alahai sampai nak tukar nama eh sebab selalu kena kecam 😌 Korang rasa patut ke Azri Iskandar tukar jadi Azri Alexander?

Hiburan Wed, 21 Aug 2019

Sebelum Peluk Islam, Adam Corrie Mengaku Dirinya…

Sebelum memeluk Islam, Adam Corrie mengaku dirinya…