“Maaf Aku Tak Boleh Padam Kenangan Itu” – Muat Naik Perkongsian Sedih, Rita Nadira Buat Peminat Pelik Gara-Gara…

Pelakon Rita Nadira tampil mengundang rasa pelik dalam kalangan peminatnya gara-gara memuat naik sebuah hantaran sedih menerusi platform TikTok, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian tersebut, Rita telah memuat naik videonya yang kelihatan serius melintas jalan raya diiringi lagu yang berjudul Bawalah Cintaku nyanyian Afgan, sewaktu bercuti di Paris.

“Setiap perkara yang jadi dalam kehidupan kita, pasti akan jadi satu pengajaran dan kenangan. Maaf aku tak boleh padam kenangan itu,” tulisnya.

@ritanadira_

Setiap perkara yang jadi dalam kehidupan kita, pasti akan jadi satu pengajaran dan kenangan. Maaf aku tak boleh padam kenangan itu.

♬ Bawalah Cintaku – Afgan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminatnya meluahkan rasa pelik kerana sebelum ini pelakon jelita itu kerap berkongsi content yang menghiburkan.

“Weh first time video nampak serious.

“NI BUKAN RITA NIII!!! MANA RITAAA!!!

“Kalau tak boleh padam… Biarkan je.. Nanti dia akan terpadam sendri bila dah pudar.

“Baru tengok dia normal,” komen peminatnya.

Malah, perkongsian tersebut juga telah meraih pelbagai respons dari peminatnya yang memuji kecantikan pelakon itu.

Fatin Nurain