Persis Bidadari, Fazura Makin Cantik Dalam Koleksi Busana Infinence

Wow! Makin cantik isteri kepada pelakon Fattah Amin, Fazura ketika ditemui di Pertunjukan Fesyen Gaya Koleksi Raya 2018 di Publika, baru-baru ini.

Fazura yang hadir di acara pertunjukan koleksi fesyen Infinence turut menggayakan koleksi busana jenama berkenaan. Cukup menawan ok!

Menurut Fazura sebagai Duta Sahajidah Hai-O Marketing, produk di bawah jenama itu menampilkan tiga koleksi baru iaitu koleksi hijab Infinence X Rizman Ruzaini, Koleksi Kasut dan Beg Infinence dan Koleksi Busana Infinence.

“ Kesemuanya berkonsepkan kesederhanaan dalam kemewahan. Koleksi Infinence turut menampilkan kolaborasi bersama ikon fesyen antarabangsa, Prof Datuk Jimmy Choo dan pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini,” katanya.

Kalau korang nak bergaya dengan corak tudung rekaan Rizman Ruzaini yang didatangkan khas dengan kerongsang eksklusif, koleksi hijab Infinence pilihannya!

Dalam perkembangan lain, Fazura memberitahu beliau bakal masuk ke set penggambaran filem bersama produksi Indonesia tak lama lagi!

Nampak gayanya Faz akan sibuk terbang ulang alik ke Jakarta selepas ini. Ketika ditanya mengenai tajuk filem yang bakal melibatkan dirinya, Fazura memberitahu “ Tajuknya saya tak dapat dedahkan lagi, doakan semua lancar, kita tunggu ya,” jawabnya sambil tersenyum.

Terdahulu, Fazura pernah membintangi filem Ayat-Ayat Cinta 2 dan Rafathar terbitan produksi Indonesia. Good Luck, Fazura!

SGMS Faida