Hiburan By: Syamir Shafie November 21, 2023 @ 9:17pm

Macam Budak Sekolah Menengah! Hael Husaini Dipuji Nampak Makin Muda

Baru-baru ini, penampilan penyanyi dan pelakon terkenal, Hael Husaini yang membuat persembahan dalam sebuah majlis tertutup mencuri perhatian warganet.

Menerusi perkongsian gambar dan video di laman Instagram miliknya, rata-rata netizen terkejut dengan penampilan pelantun lagu Haram itu yang kelihatan jauh lebih muda berbanding umurnya.

Hael yang kini sudah menjangkau usia 35 tahun dikatakan mirip pelajar sekolah menengah.

Justeru, ruangan komen hantaran tersebut telah dibanjiri dengan kata-kata manis yang memuji wajah pemilik nama sebenar Hal Hussaini Razmi.

Menggayakan ‘double-breasted suit’ dengan potongan rambut yang kemas, ramai warganet jatuh hati serta penampilannya itu kelihatan lebih ‘macho’ berbanding sebelumnya.

Terdahulu, komposer tersohor itu pernah dikecam teruk setelah wajahnya didakwa iras-iras Michael Jackson.

Netizen turut menyifatkan Hael sudah hilang sifat maskulin dan dituduh semakin cenderung ke arah penampilan lelaki ‘lembut’ atau homoseksual.

Dalam pada itu, terdapat juga pengguna media sosial yang berseloroh dengan menganggap pelakon drama My Famous Ex Boyfriend itu sebagai budak sekolah dan menyuruhnya tidur awal untuk ke sekolah esoknya.

Sementara itu, ada juga segelintir netizen yang memdakwa Hael melakukan pembedahan bagi menegangkan dan menganjalkan kulit wajah agar tidak nampak berkedut.

Malah, ramai juga wanita yang memberi usikan dengan menawarkan diri untuk menjadi kekasih hati pemenang Anugerah Juara Lagu 32 (AJL32) itu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 30 Aug 2022
Featured Tue, 28 Mar 2023
Trending Thu, 29 Mar 2018

女子马路中央按手机 暴怒老外连人带车处理

停在马路中央不仅堵塞交通,也非常危险。最近,一段特别的影片在网路上疯传,影片中,一名骑机车的女子突然停在繁忙的马路中央,开始讲电话……

Featured Wed, 24 May 2023
Trending Thu, 8 Mar 2018

丧心「巨鼻给皂器」手感超真实

你会把擤出来的鼻涕往身上抹吗?这听起来有点恶心,但几乎人人在小时候都做过的行为,现在又要「卷土重来」进入你的人生了。你洗澡的时候可以轻松把绿鼻涕抹到身上……

Hiburan Mon, 25 Mar 2019

Peminat Sanggup Beratur Demi Harman Studio!

Selamat Datang Harman Studio Ke Malaysia!

error: Content is protected !!