Hiburan By: Fatin Nurain April 4, 2022 @ 4:18pm

Hafidz Roshdi & Adam Lee Bersaing Demi Harta?

Harith dan Fayyadh ialah adik beradik tiri yang mempunyai perwatakan yang bertentangan. Harith ingin mendalami ilmu agama manakala Fayyadh meminati dunia glamor.

Apabila hanya salah seorang daripada mereka yang akan mewarisi harta Datuk Ainon, bagaimanakah Harith dan Fayyadh berhadapan dengan ujian ini?

Terbaharu di slot Akasia, Harith Fayyadh akan menemui penonton TV3 bermula 1 April 2022, setiap hari, pukul 6.58 petang.

Drama bersiri 15 episod ini diterbitkan oleh Sha’s Media Sdn Bhd, diarahkan oleh Ayie Mustafa, nukilan skrip oleh Dr. Mohd Shahremy Ikmal dan Mama Bella serta menampilkan pelakon-pelakon handalan iaitu Hafidz Roshdi, Adam Lee, Nad Zainal, Cahaya Nilam, Julia Farhana, Hasnul Rahmat, Dynas Mokhtar, Fauziah Nawi, Badrul Muhayat dan Shamsul Ghau Ghau.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Harith (Hafidz Roshdi) dan Fayyadh (Adam Lee) merupakan adik-beradik tiri berlainan bapa. Harith merupakan anak sulung Arisa (Dynas Mokhtar) hasil perkahwinannya dengan Bakri manakala Fayyadh merupakan anak Arisa bersama Kamal (Hasnul Rahmat), pemandu peribadinya yang dikahwini setelah kematian Bakri. Arisa tidak pernah mencintai Kamal namun mereka berkahwin di atas cadangan ibu Arisa, Datuk Ainon (Fauziah Nawi).

20 tahun berlalu, kini Harith dan Fayyadh sudah dewasa. Walaupun mempunyai minat yang lain, mereka mengambil jurusan perniagaan di atas permintaan Datuk Ainon. Harith ingin mendalami ilmu agama.

Harith aktif dalam aktiviti persatuan dan kerja amal. Di hujung minggu, Harith mengikuti kuliah Ustaz Razak. Fayyadh lebih cenderung dengan dunia glamor dan minat dalam bidang fesyen. Selain melibatkan diri dalam modeling, Fayyadh juga sering menghabiskan masa dalam bersosial.

Fayyadh kemudiannya berkahwin dengan Vivy (Cahaya Nilam) manakala Harith pula masih dalam fasa mengenali Sarah (Nad Zainal), anak kepada Ustaz Razak. Datuk Ainon kemudiannya telah menetapkan syarat bahawa Harith dan Fayyadh perlu mempunyai anak jika ingin mewarisi segala hartanya. Masing-masing terkejut. Sejak daripada itu, hubungan kedua beradik yang dahulunya akrab mula berantakan.

Jangan ketinggalan untuk menonton drama bersiri Harith Fayyadh untuk mengetahui kesudahan kisah dua beradik ini yang akan mula bersiaran pada 1 April 2022 menerusi slot Akasia pada setiap hari, pukul 6.58 petang.

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, dan Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 20 Nov 2019
familuv Thu, 19 Jan 2023

[VIDEO] Kongsi Video Memasak, Ramai Puji Anak Aliff Syukri – “Dahlah Cantik, Pandai Masak Pula Itu!”

Umum mengetahui, anak kepada usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida Rashid iaitu Qadejah Elzahra sememangnya minat memasak. Terbaru, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Shahida di laman Instagram yang […]

Featured Wed, 5 Apr 2023
Hiburan Wed, 6 Nov 2019

陶喆&信 回馈广大歌迷!不计唱酬敲定1124槟城办粉丝见面会

「音乐教父」 陶喆及「摇滚巨人」信,两人信守他们对歌迷的承诺,确定于11月24日在槟城ASPEN Vision City的VTEC贸易展览中心举办粉丝见面会,两人不但不收任何唱酬,且全场入场免费。

Hiburan Thu, 15 Nov 2018

Kenapa Penyanyi Lagu Amalina Ini Terkilan Dengan Aliff Syukri ?

Jangan main-main dengan warna kulit tau, sensitif!

Hiburan Mon, 5 Feb 2024
Hiburan Wed, 12 Jul 2023
Trending Wed, 6 Jun 2018

Kejam! Lelaki Tikam Ibu Sebab Kari Ayam

Dalam kejadian di Badepuram, Guntur, Andhra Pradesh itu, Bejjam Kishore, 45, membeli ayam pada Ahad lalu dan memberi kepada ibunya, Bejjam Mariamma, 80, lapor Times of India.