Konsert By: Atiqah Johari January 12, 2024 @ 7:54pm

3 Band Indie Gergasi Bakal Gegarkan Pentas Di Konsert ‘Und3rground – Butterfingers, Hujan & Bunkface Mac Ini!

Hitman Solutions bakal menganjurkan sebuah konsert buat peminat indie tempatan dengan menggabungkan tiga band indie gergasi di atas satu pentas.

Konsert yang diberi nama ‘UND3RGROUND’ – BUTTERFINGERS, HUJAN & BUNKFACE bakal berlangsung pada tarikh 2 Mac 2024 bertempat di Surf Beach, Sunway Lagoon.,

Acara ini dijadualkan akan berlangsung selama 3 jam di mana setiap band akan membuat persembahan selama 45 minit dengan mempersembahkan karya-karya klasik mereka.

Lebih Istimewa, sebuah replika gitar gergasi setinggi 10-meter dijadikan ikon promosi konsert UND3RGROUND, yang mendapat iktiraf sebagai ‘The Biggest Inflatable Guitar in Malaysia’ oleh Malaysian Book of Records.

“Sebagai resolusi tahun baharu, kami melangkah ke hadapan dengan momentum positif, dengan beberapa acara yang sudah pun direncanakan dan bakal berlangsung tidak lama lagi, konsert ‘Jilid Akhir: Ella Puteri Kota’ di Kota Kinabalu, Sabah serta hiburan Istimewa dari band rock antarabangsa, ‘Incubus: Live In Malaysia’.

“Nama-nama besar seperti Butterfingers, Hujan dan Bunkface meninggalkan legasi yang kuat dalam arena indie ketika era ‘band’ berkembang, jadi kami ingin raikan setiap perjalanan karier mereka melalui sebuah konsert rock epik yang mengiktiraf pencapaian mereka dalam industri muzik kita.

“Kami mengambil pendekatan konsep ‘underground’ yang membawa semula era dan atmosfera gig yang menyatukan ketiga-tiga band legenda ini untuk beraksi bersama sambil memberikan pengalaman yang unik khusus buat peminat indie tempatan,” kata En. Rohit Rampal sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) & Pengasas Hitman Solutions.

Katanya lagi, konsert kali ini akan memberikan pengalaman indie yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

“Konsert ini bukan sekadar satu acara, tetapi sebuah pengalaman indie yang tidak pernah dilakukan sebelum ini, kami ingin penonton yang hadir merasai sendiri ‘feel’ sebenar konsert indie dalam semua aspek dengan menyaksikan sendiri perintis genre ini di atas satu pentas, dengan harapan agar ia menjadi pengalaman yang tidak terlupakan,” ujar Rohit.

Bagi memeriahkan lagi acara, Konsert ‘UND3RGROUND’ disokong oleh beberapa pihak seperti Hot FM, Fly FM, Molek FM, Kool101 FM, dan Eight FM (Rakan Radio Rasmi), dan Lobak Merah dan Good Foodie Media (Rakan Media Rasmi) serta Sunway Lagoon (Lokasi Rasmi).

Oleh itu, tiket konsert boleh diperolehi dalam 5 kategori berbeza, Rockzone – Early Bird (RM149), Rockzone – Phase 1 (RM199), Rockzone – Phase 2 (RM249), Mosh Tix (RM299) serta Vibers Pit (RM499), dan penjualan bagi kategori Rockzone akan dikeluarkan secara berperingkat.

Pembelian tiket konsert boleh dilakukan mulai 11 Januari 2024 pada jam 2 petang di www.hitmanlive.com, jadi dapatkan tiket-tiket ke konsert UND3RGROUND – BUTTERFINGERS, HUJAN & BUNKFACE segera!

Untuk sebarang pertanyaan mengenai konsert, hubungi +6012-2655783 atau [email protected]

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 1 Jun 2023

Bawa Watak ‘Penyondol’, Puteri Sarah Tidak Kisah Dikecam Warganet

Uish kena tengok ni feel ke tak Puteri sarah berlakon jadi penyondol

Hiburan Wed, 2 Aug 2023
Featured Sun, 14 Nov 2021

“Saya Tak Berkempen Pun” – Fattah Amin Menang Pelakon Filem Lelaki Popular Atas Usaha Peminat

Pelakon dan penyanyi, Fattah Amin memenangi trofi Pelakon Filem Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34. Fattah menewaskan empat calon lain iaitu Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Syahmi Sazli dan Izuan Fitri. Menurut Fattah, projek […]

Featured Tue, 22 Mar 2022

“Tak Adil Jika Hanya Tuding Kesilapan Pada Satu Pihak” – Ruhainies Harap Orang Ramai Maafkan Zul Ariffin

Apapun, Ruhainies berkata manusia tak boleh lari daripada melakukan kesilapan dan bukan niatnya untuk ‘back up’ Zul, tetapi..

Featured Mon, 22 Mar 2021
Hiburan Wed, 17 May 2023