Selebriti By: Atiqah Johari February 26, 2024 @ 2:28pm

“Jangan Paksa Saya Spill The Tea” – Dikaitkan Semula Dengan Dakwaan ‘Menyondol’ Suami Orang, Ini Respons Shakilla Khoriri

Pelakon Shakilla Khoriri tampil bersuara mengenai tindakan warganet yang mengaitkan semula kontroversi yang mendakwanya menjadi ‘penyondol’ suami orang.

Artikel Berkaitan: Kait Semula Dakwaan ‘Menyondol’ Dengan Shakilla Khoriri, Individu Dedah Luahan Bekas Isteri Fariz

Artikel Berkaitan: “Ada Hati Kecil Perlu Saya Jaga” – Mohon Maaf Kunci Mulut Soal Kahwin, Shakilla Khoriri Minta Beri Ruang & Masa

Menerusi hantarannya di TikTok, Shakilla menyatakan bahawa ramai pihak akan berdepan masalah jika dia menceritakan hal sebenar.

Malah, dia juga meminta untuk warganet menjalani kehidupan masing-masing dan reda.

“Assalamualaikum. Busy betul kalian mengorek sana sini kisah dalam kain orang.
Yang ‘bersembunyi’ disebalik permasalahan pun ada. Jangan paksa saya untuk SPILL THE TEA.

“Yang tersakiti, yang menyakiti, difitnah atau memfitnah semua akan dapat masalah kelak. Baik diam. Redha dan jalani kehidupan masing-masing dan jangan jadi manusia munafik. WE ALL KNOW THE TRUTH OF OUR STORIES. So enough,” katanya.

Dalam pada itu, Shakilla juga meminta pihak tersebut menceritakan hal sebenar jika mahu rakyat Malaysia memihak kepadanya.

Tambah, dia juga meminta warganet untuk tidak memaksanya membuka aib individu yang terlibat dan memanjangkan isu.

“Stop dengan semua penyampaian cerita pada pihak ketiga atau siapa pun. Nak bercerita atau nak satu Malaysia memihak pada kamu silakan tapi CERITALAH perkara sebenar. Ceritakanlah kesalahan dan kegagalan kita sendiri dahulu. Atau berdiam dan kita sama-sama muhasabah diri.

“Jangan seronok sangat kalian menari bertepuk tangan. Kita semua manusia yang punya keluarga dan anak-anak. JANGANLAH PAKSA saya untuk panjangkan hal ini dan buka pekung semua yang TERLIBAT.

“Jangan libatkan anak-anak atas kebodohan dan kegagalan kita sebagai ibubapa atau orang dewasa.
TEPUK DADA TANYA SELERA. Have a good day,” ujarnya.

Shakilla Khoriri

Untuk rekod, Shakilla berkahwin kali kedua dengan Fariz Zulkepley pada 24 Februari lalu.

Sebelum ini, dia juga pernah berkahwin dengan penyampai radio Hot FM, Fizi Ali pada 18 Januari 2018 namun bercerai pada Disember 2021.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Ameena Sofia.

Artikel Berkaitan: Kembali Bergelar Isteri & Kongsi Foto Nikah, Shakilla Khoriri Akui Tanggungjawab Bertambah – “Amanah Allah Untuk Jaga 2 Orang Ni”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 29 Sep 2019

陶晶莹震撼报喜!首次来马办大型售票演唱会

陶晶莹震撼报喜!首次来马举办大型售票演唱会,11月23日正式开锣~

Trending Thu, 20 May 2021

Ain Edruce Selamat Bersalin Selepas Berbelas Jam Di Hospital, Belum Dedah Jantina Anak

Pelakon dan pengacara tinggi lampai, Ain Edruce selamat melahirkan cahaya mata sulung di sebuah pusat perubatan swasta, malam tadi. Ain atau nama sebenarnya, Nurulain Edruce, 30, berkongsi berita gembira terbabit menerusi ruangan Instagram Story miliknya. […]

Featured Mon, 20 Mar 2023
Featured Wed, 7 Jun 2023
Hiburan Thu, 20 Dec 2018

‘ Ada Sebab Saya Pilih Dewan Merdeka’, Konsert Terakhir Altimet 16 Februari Depan

Jangan lepaskan peluang korang untuk dapatkan tiket awal, lebih jimat tau!

Events Mon, 2 Dec 2019
Featured Sat, 24 Sep 2022