“Macam Dah Tak Jumpa Nyawa Dah Masa Itu” – Jantung Wawa Zainal Berdegup Laju, Seluruh Badan Menggigil Gara-Gara…

Pelakon Wawa Zainal berdepan detik cemas apabila degupan jantungnya laju secara tiba-tiba kerana mengambil minuman berkafein.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, dia juga sukar untuk bernafas dan seluruh badannya menggigil selepas minum teh Arab.

Disebabkan itu, Wawa mengambil keputusan untuk membuang semua jenis minuman yang mengandungi kafein.

“Saya buang stok-stok kopi. Seminggu dua ni saya tak boleh minum kafein saya terus macam gastrik, sebu.

“Tapi malam semalam merupakan mimpi buruk buat saya. Di kala menikmati teh Arab yang pekat, tengah bergembira borak-borak, tiba-tiba saya punya jantung macam laju.

“Saya cuba berdiri kaki badan tangan semua menggigil, susah nak bernafas. Macam tak jumpa nyawa dah masa tu Ya Allah panik sangat,” katanya.

Menurutnya, suaminya, Aeril Zafrel yang membantunya tenangkan diri dan dia berharap agar situasi seperti itu tidak berulang lagi.

“Aeril bantu tenangkan dan ajar cara untuk kawal kerana mungkin saya anxiety. 2 jam jugak la berperang dengan perasaan yang pertama kali saya alami. Jangan la datang balik Ya Allah tak sanggup,” ujarnya.

Maya Basir