Madammu Dikejarkan Ke Unit Kecemasan Selepas Sambut Birthday Anak, Ramai Titip Doa

Usahawan Eriyca Baiduri atau Madammu tampil berkongsi detik cemas apabila dirinya terpaksa dibawa ke unit kecemasan, malam tadi.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Madammu menerusi sebuah hantaran di TikTok.

Menurut Madammu, usia kandungannya kini sudah memasuki 36 minggu (9 bulan) dan terpaksa dibawa ke unit kecemasan itu selepas menyambut ‘birthday’ anaknya, Zahara.

“#36weekspregnant! Lepas celebrate birthday Zahara, Madammu terus ke Emergency. Doakan Madammu guys,” tulisnya.

@madammu136weekspregnant!

♬ Biarlah Semua Berlalu – Willy Anggawinata

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah dihujani dengan doa dari pengikutnya yang berharap agar urusan usahawan itu dipermudahkan.

Fatin Nurain