Hiburan By: Padin September 29, 2022 @ 8:00pm

Mahukan Cabaran, Syafiq Kyle Alami Lebam & Benjol Demi…

Pelakon kacak Syafiq Kyle mengalami lebam-lebam di kaki dan tangan serta kepala benjol kerana terhantuk ketika menjayakan babak pertarungan dalam filem Siku 12: Langkah Derhaka.

Syafiq berkata, dia menerima tawaran berlakon dalam naskhah terbitan Power Team Entertainment Sdn Bhd itu untuk mencabar diri beraksi sebagai peninju.

“Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dulu (PKP), saya memang menghabiskan masa bersenam dan berlatih di gimnasium.

“Justeru, saya tiada masalah dari aspek stamina dan kecergasan untuk melakonkan babak pertarungan sebagai peninju dalam filem Siku 12: Langkah Derhaka itu.

“Selain ada asas seni Muay Thai, saya juga berlatih dengan guru seni silat Siku 12 dari Pulau Pinang sebelum memulakan penggambaran.

“Sudah namanya filem aksi, saya juga mengalami lebam-lebam di kaki dan tangan dan kepala juga benjol kerana terhantuk ketika menjayakan babak pertarungan di gelanggang,” katanya.

Dalam filem genre aksi arahan Azhari Zain itu, Syafiq bergandingan dengan aktor terkenal, Zahiril Adzim selaku teraju utama.

Ia dimantapkan dengan penampilan barisan pelakon seperti Moon, Lobak dan Datuk Tuan Asmawi Tuan Umar serta dibantu oleh Pon Muay Thai, Anas Mentor, Shahmiey Odd, Pak Salleh, Chiang, Azman Ahmad dan Bai Chot.

“Pertama kali saya bekerja dengan Zahiril. Dia juga ada asas dalam seni silat dan saya juga tiada masalah untuk mendapatkan keserasian berlakon dengannya.

“Dia bukan saja pelakon senior yang berpengalaman tetapi juga kelakar ketika di lokasi. Menariknya, saya perlu mengusai dialek Kedah untuk menghidupkan watak Atid.

“Mujur penerbit, Mohamad Pozi Mansor dan barisan kru filem Siku 12: Langkah Derhaka banyak membantu memperbetulkan dialek Kedah ketika di lokasi.

“Pada masa sama, saya juga selesa bekerjasama dengan Azhari selaku pengarah yang cukup berpengalaman kerana dia memberi kebebasan kepada pelakon untuk menjiwai karakter masing-masing.

“Azhari tidak garang tetapi suaranya sangat kuat ketika memberi arahan kepada pelakon dan kru di lokasi demi memastikan semua pelakon dapat menjiwai watak mengikut tuntutan skripnya,” katanya.

Filem Siku 12: Langkah Derhaka akan mula ditayangkan di 66 pawagam seluruh Malaysia bermula 27 Oktober depan.

Ia juga ditayangkan serentak di Singapura dan Brunei Darussalam.

Trailer rasmi filem boleh ditonton menerusi saluran YouTube/Power Team Entertainment sejak 6 September lalu.

Filem Siku 12: Langkah Derhaka mengisahkan Atid dan A Wut berketurunan Siam adalah dua sahabat baik tinggal di Kampung Siam, Pendang, Kedah.

Mereka sangat meminati seni mempertahankan diri Muay Thai, apatah lagi, pertandingan Muay Thai dianjurkan selepas padi dituai dengan terbuka kepada peninju dari Thailand, setiap tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 10 May 2021

Dolla Muncul Dengan Raya Raya Raya

Dolla yang sebelum ini pernah mendapat perhatian peminat muzik tanah air apabila muncul dengan single pertama, Dolla Make You Wanna, dan juga single kedua Impikan yang terus meningkatkan populariti mereka, kini kembali mempertaruhkan bakat mereka […]

Hiburan Tue, 20 Aug 2019

Idam Hero Baharu…Siapa Pilihan Farah Nabilah?

Ehem…siapa agaknya hero baru tu nanti eh?

Hiburan Wed, 15 Aug 2018

Tidak Akan Patah Semangat, Risteena Nekad Maju Ke Hadapan

Risteena atau nama penuhnya Nur Risteena Munim Zainul Ilyas, tidak menjadikan perkara itu sebagai satu tekanan emosi.

Trending Mon, 3 Feb 2020
Hiburan Tue, 20 Mar 2018

丁文琪初见儿子嘟嘴哭了「好像林宥嘉」

丁文琪2017年和林宥嘉结婚后,隔年就宣布怀上男宝宝的喜讯,令人又惊又喜。她目前约怀孕5个多月,19日晒出超音波照,她坦言,第一次见到肚中儿子的嘟嘟嘴,一边笑说好像老公,一边又忍不住流下感动泪水。

Trending Wed, 31 Mar 2021
Featured Thu, 22 Jul 2021

“Yang Salah Bubuh Dalam Lokap, Yang Betul Teruskan Perjuangan”- Respons Sharnaaz Ahmad Isu Ebit Lew & Caprice

Nampaknya isu antara pendakwah terkenal Ebit Lew dan penyanyi rap Caprice masih belum surut walaupun setelah laporan polis dilakukan semalam. Terbaru, pelakon Sharnaaz Ahmad yang terkenal dengan kelantangannya bersuara menasihati agar kedua-dua pihak dapat berdamai […]

Trending Wed, 11 May 2022