Hiburan By: Atiqah Johari October 5, 2023 @ 7:34pm

“Makanan Dah Jadi Tahi Pun Takkan Tak Nak Bayar? Bising Pun Tak Guna” – Michael Ang

Pengarah, penerbit dan pelakon Michael Ang berasa terhibur apabila tular isu mengenai harga makanan laut yang dimakan di sebuah restoran.

Susulan itu, Michael atau mesra disapa Mike, berpendapat bahawa perkara tersebut sepatutnya tidak perlu dihebohkan.

“Tergelak aku baca kes makan mahal sangat and seller menjawab balik.

“Bagi aku la kalau dah makan lepas tu harga mengejutkan bayar aje la lepas tu tak la aku pergi kedai tu. Tak payah la nak bagitahu satu dunia,” katanya.

Dalam pada itu, Mike juga berkongsi bahawa pernah mengalami situasi yang sama.

“Haritu aku makan 2 orang bil sampai dekat 1700 hinggit. Aku bayar aje lepas keluar terus menyumpah takkan aku makan sana lagi kalau makan kat south sea subang siap dapat Alaskan crab dengan harga tu. Ni lobster aje! Choi choi,” kongsinya.

Tambahnya, makanan tersebut sudah pun dimakan jadi tiada guna untuk bising dan penjual boleh meletakkan harga yang mereka hendak.

“Makanan dah jadi tahi pun takkan tak nak bayar buat bising pun tak guna. Sebagai penjual memang boleh letak berapa harga dia nak!,” ulasnya lagi.

Malah, Mike sempat bergurau untuk menjual claypot chicken rice yang dimasaknya berharga ratusan ringgit.

“Siapa nak beli claypot chicken rice I masak? Satu portion 259.99 hinggit,” guraunya.

Walaubagaimanapun, Mike tidak memetik mana-mana nama individu dalam hantarannya itu.

Sebelum ini, tular pasangan selebriti mendakwa makanan yang dimakannya di sebuah restoran mahal dan perlu dibayar lebih RM1000 namun penjual tersebut turut tampil bersuara.

Artikel Berkaitan: Ekin Dakwa Kedai Makanan Laut Caj Melampau, KPDN Ambil Tindakan… Rupanya Kedai Ibu Saudara Linda Hashim – “Kenapa Tak Tanya Dulu, Bukan Ambil Video”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Contest Thu, 18 Apr 2019

xtra好康头 | 送你《张敬轩HINSIDEOUT云顶演唱会》入门票

送你去看张敬轩《HINSIDEOUT》云顶演唱会,让你感受「轩式」情歌的现场魔力!

Featured Tue, 21 Feb 2023

[VIDEO] Khusyuk Nyanyi Lagu Tiara, Siti Nurhaliza Dedah Ada Tragedi Lucu Berlaku 

Nak ambik video untuk kenangan, tapi jadi lain pula 🤣😭

Hiburan Sun, 29 Jan 2023
Hiburan Fri, 1 Jun 2018

Demi Anak-Anak, Fasha Mohon Maaf Kepada Nora

Hubungan anak-anak sangat rapat. Tak manis memperlihatkan kepada anak- anak yang kami bergaduh… damai merupakan jalan terbaik. Terbaiklah Fasha, semoga urusan pendamaian dipermudahkan!

Featured Sat, 4 Mar 2023

Tayangan Filem Sensasi Mentega Terbang Akhirnya Dihentikan!

Akhirnya filem sensasi ini dihentikan tayangan👀