Makin Besar…Izara Kongsi Video ‘Baby Bump’!

Comel sangat gelagat pelakon Izara Aishah yang berkongsi bentuk kandungannya yang semakin membesar dengan warganet. 

Izara memuat naik video pendek menerusi akaun Instagramnya yang menunjukkan dia sedang mengusap-usap perutnya yang semakin membesar sambil tersenyum gembira. 

 

Sebelum ini, pelakon Ombak Rindu The Series itu pernah membuat pengumuman akan berehat seketika dari dunia lakonan kerana ingin memberi tumpuan kepada kehidupan bekeluarga pula. 

Baca: “Kami Sudah Bersedia…” – Izara Aishah Ambil Keputusan Cuti Berlakon

Terdahulu, melalui sebuah temubual, Izara memberitahu kandungan berada dalam keadaan sihat dan dia juga bersyukur kerana tidak mengalami alahan seperti kebiasaan wanita yang mengandung buat pertama kalinya. 

Baca: Izara Aishah Tayang ‘Baby Bump’?

Baca: Izara Aishah Hamil Enam Bulan

Sekadar info, Izara mendirikan rumahtangga dengan Muhammad Adib Khalid, iaitu anak tiri kepada penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nuharliza pada 17 April 2017.

Kredit Foto: Instagram @izaraaishahofficial

Del14