Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 22, 2022 @ 5:02pm

“Makin Teruk! Hampir 24 Jam Alami Rasa Sakit…” – Bakal Jalani Pembedahan Skoliosis, Zamani Perlukan Dana Untuk Rawatan

Umum sedia maklum mengenai keadaan terkini penyanyi dan vokalis Kumpulan SLAM, Zamani yang sekarang ini sedang menderita penyakit tulang belakang atau Skoliosis.

Difahamkan, Zamani perlu menjalani pembedahan tulang belakang dengan kadar segera kerana keadaan badannya yang semakin membongkok serta menyukarkannya untuk melakukan aktiviti harian.

ARTIKEL BERKAITAN:“Soal Hidup & Mati…. Kena Masukkan Besi Untuk Sokong Tulang Belakang”- Zamani Sedih Kesihatan Makin Merosot

Berkongsi mengenai keadaan beliau yang semakin teruk, pelantun lagu Syair Si Pari-Pari ini memaklumkan, dia kini masih menerima undangan nyanyian dan bergantung pada ubat tahan sakit (painkiller) semata-mata untuk mengumpul dana perubatan.

“Keadaaan saya sekarang makin teruk, cuma saya masih cuba bekerja bukan untuk apa sebab pada saya selagi saya mampu bekerja saya akan cuba buat.

“Boleh dikatakan hampir 24 jam saya akan sakitlah. Perut saya sakit, belakang saya sakit… memang sentiasa sakit tu pasal saya bergantung kepada painkiller semata-mata,” katanya.

Tambahnya lagi, pembedahan ini terpaksa dilakukan memandangkan rawatan serta ubatan tradisional sudah tidak lagi memberikan kesan kepada dirinya.

“Kalau tak ada aral melintang, saya akan jalani satu pembedahan. Saya rasa dah sampai waktu saya kena buat juga memandangkan ubatan tradisional dah tak nampak kesan yang baik kepada saya,” jelasnya.

Tidak habis disitu, Zamani yang kelihatan sebak memberitahu bahawa beliau sedang mengumpulkan dana dengan menerima pelbagai tawaran persembahan walaupun keadaan beliau tidak mengizinkan.

“Saya sekarang ini sedang mengumpulkan dana untuk pembedahan. Tapi saya taknak lah meminta-minta pada orang jadi, saya cuba buat dengan cara menerima show. 

“Jadi saya harap peminat-peminat dapat sokong saya untuk mendapatkan dana tersebut,” katanya.

Bercakap mengenai sumber kekuatan, Zamani berkata, peminat, keluarga dan sahabat adalah sumber kekuatan untuknya mengharungi hari-hari mendatang.

“Kekuatan saya selama ini adalah daripada peminat saya, keluarga dan sahabat.

“Mereka ni  adalah insan yang tidak putus-putus bagi semangat tidak kiralah pada waktu susah mahupun senang mesti mereka akan support saya. Jadi, saya akan cuba dan buat selagi mampu jika mereka perlukan saya hingga ke akhirnya,” tambahnya lagi.

Bagaimanapun, Zamani tidak berkongsi jumlah sebenar kos pembedahan tersebut namun, menjangkakan pembiayaan pembedahan itu memerlukan sejumlah wang yang banyak.

ARTIKEL BERKAITAN:Peminat Sedih Tulang Belakang Zamani Semakin Melengkung – “Sakit Pun Masih Nyanyi Untuk Kami, Suara Macam Telan Kaset..”

 

 

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 19 Apr 2019

暌违19年再踏槟城舞台!费玉清经典美声824槟城重现

「小哥」费玉清暌违19年后再度踏上槟城的舞台,让粉丝再有机会一睹小哥的风采!

#BabyXTRA Fri, 2 Jun 2023

#BabyXTRA: Suka Berpantang Cara Tradisional Melayu, Maryam YouNarae Belajar Urus Anak Dari Youtube!

Orang Korea pun suka berpantang cara tradisional Melayu tauuu 🙈 Cenggini lahhh Maryam 👍🏻😊

Featured Tue, 27 Sep 2022

Terpaling Juara: Akim Kecewa, Akui Aqeesh Mampu Ikut Jejak Stacy – “Dia Ada Bakat Luar Biasa”

Moga lepasni dapat tengok Aqeesh lagi beraksi kat pentas yang lebih besar🤞

Featured Thu, 8 Sep 2022

Kes Cabul: Ibu Dakwa Nama Puteri Balqis Digugurkan Daripada Projek Drama

Alahai, kesiannya Aqish 🥹 Semoga keadaan akan kembali jernih seperti sedia kala nanti 🥹

Trending Tue, 25 Sep 2018

Nasopharyngeal Carcinoma (NPC) Sejenis Kanser Hidung Paling Lazim Dihidapi Kaum Cina Malaysia

Kanser jenis inilah yang menyerang pemain badminton nombor 1 negara!

Hiburan Fri, 9 Jun 2023
Contest Mon, 7 Oct 2019

xtra好康头 | 送你《任贤齐「齐迹」2019云顶演唱》入门票

xtra好康头 送你《任贤齐「齐迹」2019云顶演唱》入门票,让你现场见证「齐迹」的发生!

error: Content is protected !!