Hiburan By: Padin August 17, 2021 @ 11:43am

Malaysia Di Hatiku Satukan Yonnyboii, Kmy Kmo, Luca Sickta & Tabby

Empat bintang baru yang sedang meningkat naik, Kmy Kmo, Luca Sickta, Yonnyboii dan anggota Dolla, Tabby bersatu menghadiahkan sebuah karya patriotik segar sekali gus menyuntik semangat kekitaan menerusi lagu Malaysia Di Hatiku.

Lagu terbitan Universal Music Malaysia hasil komposisi Nick Ariff, Glow Rush, Mike Chan, Pique, Acap Salim selain Kmy dan Luca dilancarkan pada 16 Ogos.

Kmy atau nama sebenarnya Lukmanul Hakim optimis karya baru ini akan menjadi pilihan terbaru masyarakat pelbagai lapisan umur dalam menyemarakkan rasa cintakan negara.

“Memang rata rata semua daripada kita bergelut saat ini. Namun kehidupan tetap harus dilalui walau bagaimana cara atau solusi pun. Semoga kehadiran lagu dengan sentuhan moden, klasik, ‘catchy’ dan ‘hype’ ini akan terus meniup motivasi dan semangat buat kita semua.

“Paling utama kita takkan menggadai dan melacurkan negara ini untuk apa tujuan pun. Semoga lagu ini dapat terus menjadi semboyan semangat dan nadi perpaduan buat rakyat Malaysia yang berbilang bangsa.

“Harapnya juga lagu ini dapat menjadi ‘national anthem’ baru buat kita semua. Saya bangga dapat bergandingan dengan Luca, Yonnyboii dan Tabby kerana ia seperti sebuah kolaborasi adik beradik,” kata Kmy.

Menyentuh mengenai proses rakaman, Luca yang juga gandingan duo serasi Kmy berkata cabaran merakamkan lagu secara berasingan kerana keterbatasan dan sekatan pergerakan perjalanan bukanlah sesuatu yang mudah.

“Kami masing masing merakamkan lagu sekitar Jun ke Julai lalu secara berasingan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan. Ada yang merakamkan bahagian suara masing masing di rumah. Macam saya dan Kmy pula di studio rakaman. Namun prosedur operasi standard (SOP) tetap dijaga.

“Segala galanya juga dipermudahkan. Kerjasama ini juga jadi mudah kerana saya sendiri sudah tahu cara kerja Kmy, Yonnyboii dan Tabby. Keserasian itu sudah ada dan terus dipupuk. Fakta menarik ini juga lagu pertama yang saya nyanyikan bahagian rap tanpa bertindak sebagai penerbit. Kebiasaan saya menerbitkan lagu dan menyanyikan rap sekali harung,” katanya.

Sementara itu, Yonnyboii atau nama penuhnya, Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin menyifatkan karya berkenaan sangat unik sekalipun bernuansakan patriotik.

“Saya menjangkakan lagu ini berpotensi menjadi lagu merdeka pilihan baru. Saya mahu jika sudah di usia 30 atau 40 tahun kelak dan berkahwin, harapnya bakal anak nanti boleh menyanyikan lagu ini di sekolahnya.
“Bahagian mencabar saya ialah untuk menyanyi korus dan perlu disuai padankan dengan vokal Tabby yang tinggi. Agak bergelut juga untuk meneruskan proses rakaman itu.

“Jadi solusinya vokal saya terpaksa diturunkan ‘key’ untuk mengimbangi suara Tabby. Tapi lucunya apabila siap hasil akhirnya, rasa macam ‘best’ pula mendengarkan kombinasi suara kami berempat.”

“Pendek kata, padanan suara kami saling melengkapi. Lagu ini memang menarik dan bagai ada lapisan elemen yang cukup mengujakan,” katanya.

Bagi Tabby yang menjadi sekuntum bunga dan penyeri untuk kolaborasi ini berkata peluang berkenaan sudah lama dinantikan.

Tabby atau nama penuhnya Tabitha Ariel Lam berkata, pembabitannya disifatkan cukup bermakna biarpun projek ini tidak membabitkannya bersama anggota Dolla.

“Saya secara peribadi sudah lama menantikan peluang menyanyikan lagu bergenre kenegaraan atau berwajah Malaysia. Paling utama saya boleh katakan kehadiran lagu ini umpama tiupan semangat yang cuba dibangkitkan untuk rakyat Malaysia saat bergelut di era pandemik ini.

“Apa terjadi, kita tetap akan menang di pengakhirannya. Moga ujian berat ini akan cepat pergi dan kita terus bersatu. Malaysia kekal di hati sampai bila bila. Jangan ada anasir atau apa saja ujian boleh memisahkan semangat cintakan negara itu.

“Pastinya pengalaman bekerja dengan Kmy, Luca dan Yonnyboii sesuatu yang amat berharga. Mereka sendiri umpama senior dan abang serta diketahui dengan bakat hebat. Siapa tak bangga bersatu dengan mereka dalam lagu yang penuh dengan emosi dan sentuhan genre muzik. Daripada moden hingga tradisional, seni muzik itu tak ada sempadan,” katanya.

Malaysia Di Hatiku boleh didengarkan di kesemua pelantar penstriman digital bermula 16 Ogos jam 12 tengah malam manakala lirik videonya pula boleh ditonton di saluran YouTube Universal Music Malaysia pada hari yang sama.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 20 Jun 2019

‘Kena Kecam Netizen? Saya Tak Kisah’- Reen Rahim

Pelakon yang terkenal dengan watak Kak Su dalam Pujaan Hati Kanda ini memberitahu lebih selesa menjadi diri sendiri. 

Featured Fri, 20 Oct 2023

Siti Nurhaliza Terharu Elly Mazlein Derma RM10,000 Untuk Rakyat Palestin – “Moga Murah Rezeki Kak Iti Doakan”

Mashaa-Allah, moga dimurahkan rezeki Kak Lina Pom Pom kita. Dua-dua no syatuuuuu!❤️

Featured Mon, 3 Sep 2018

Selepas Menteri Kewangan Mengambil Tindakan, Tiada lagi Cukai 6% Untuk Kad Tambah Nilai Prabayar

Bolehlah tarik nafas lega bagi anda yang selalu tambah nilai prabayar!

Trending Wed, 27 Dec 2023

Gara-Gara Mahu Mengambil Baju Di Balkoni, Penuntut Universiti Terjatuh Dari Tingkat 34

Jadi pengajaran buat semua…hati-hati semasa nak ambil baju tu🥺

Trending Sun, 17 Jun 2018

Jijik Dan Menyakitkan Mata, Kawasan Gunung Everest Dah Tak Macam Dulu!

Sementara itu, glasiar yang semakin mencair disebabkan kepanasan global mendedahkan sampah yang terkumpul di atas gunung itu sejak Edmund Hillary dan Tenzing Norgay berjaya sampai ke puncak 65 tahun lalu.

Featured Wed, 8 Sep 2021
Featured Fri, 20 Jan 2023

[VIDEO] “Video Dia Setahun Sekali, Kena Tunggu Tahun Depan” – Ramai Tertunggu-Tunggu Kemunculan Mira Filzah Di TikTok

Pelakon terkenal, Mira Filzah meraih perhatian warganet selepas tular sebuah videonya di TikTok, baru-baru ini. Menerusi hantaran berdurasi 34 saat itu, Mira sedang duduk sambil ‘lip sync’ menggunakan lagu berjudul Sure Thing nyanyian Miguel dengan […]

Hiburan Wed, 1 Nov 2023