Hiburan By: Maya Basir November 1, 2023 @ 5:28pm

Wany Hasrita Dedah Wajah Anak, Kongsi Pengalaman Pertama Naik ‘Flight’ Dengan Aishah – “Memang Mencabar, Sekarang Dia Tengah…”

Penyanyi Wany Hasrita akhirnya terbuka untuk berkongsi wajah puteri sulungnya yang diberi nama Aishah Al Iman selepas empat bulan melahirkan cahaya mata.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, Wany memberitahu pertama kali membawa Aishah menaiki kapal terbang ke Kuching, Sarawak.

Menurutnya, perjalanan menaiki penerbangan agak mencabar kerana anaknya merengek kuat di dalam kapal terbang.

“Semalam, saya balik ke Kuching, berdua saja dengan Aishah naik flight. MasyaAllah, Alhamdulillah Allah mudahkan, memang mencabar.

“Aishah merengek sikit. Sekarang ini dia tengah testing vokal. Terus go high pitch,” katanya.

Namun, bantuan daripada krew penerbangan dan penumpang lain memudahkan urusannya menjaga Aishah.

Malah, pelantun lagu Menahan Rindu ini akui gementar memandangkan dia hanya bergerak seorang diri.

“Alhamdulillah, walaupun sangat mencabar, tapi Allah mudahkan, Alhamdulillah orang sebelah pun sangat membantu, krew penerbangan pun banyak membantu.

“Kita dah lah jenis cepat nervous. Alhamdulillah Aishah, kita dah sampai Kuching. Sekarang ibu nervous nak bawa Aishah balik KL pula,” ujarnya.

Untuk rekod, Wany dan suami, Mohd Al-Adib Fahmi mendirikan rumah tangga pada 22 Julai 2022 dan dikurniakan cahaya mata sulung, Aishah Al Iman pada 8 Julai lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 6 Aug 2021

“Akhirnya Ada Juga Drama Berfaedah..” -Penutup Drama Ayahanda Dipuji, Raih 4 Juta Tontonan

Drama Ayahanda yang mendapat perhatian ramai di media sosial telah pun melabuhkan tirainya pada hari Sabtu lalu dengan sebuah pengakhiran yang cukup mantap. Terbaru, drama yang sarat dengan emosi dan pengajaran itu berjaya mencatat 4 […]

Featured Mon, 20 Jun 2022
Hiburan Mon, 18 Jun 2018

Bercerai Hidup, Intan Masih Ralat…

Tak apa Kak Intan, kami doakan anda temui kebahagiaan hakiki…Jika tidak di dunia, mungkin di akhirat sana nanti. Insha Allah. Kuat untuk anak-anak ya kak!

Hiburan Sat, 27 Oct 2018

Nasihat Pada Waktu Yang Sesuai, Sherry Ibrahim ‘Tegur’ Netizen Demi Elyana

Ish, netizen ni pun. Agak-agaklah bila nak menulis tu. Hari ini dugaan dia, esok pula mungkin hari kita. Bercakap biar pakai akal ok?

Featured Fri, 23 Apr 2021

Kadar Fidyah Di Selangor & Pembayaran Secara Online

Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat menggantikan puasanya di bulan Ramadan pada sesuatu tahun sehinggalah Tibanya bulan Ramadan tahun berikutnya. Justeru, Majlis Agama Islam Selangor (Mais) memperkenalkan pilihan bayaran fidyah […]