Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 8, 2021 @ 3:32pm

Mahkamah Rayuan Kekal Keputusan Tolak Saman Terhadap Nur Fazura

Mahkamah Rayuan mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi menolak saman oleh pemilik Maydan Trading terhadap selebriti popular, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Shariffudin dan Universal Music Sdn Bhd atas dakwaan melanggar kontrak.

Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Hanipah Farikullah, Datuk Azizah Nawawi dan Datuk See Mee Chun menolak rayuan Narhamdan Abd Malek dan mengarahkan beliau membayar kos RM10,000 kepada Nur Fazura.

Tiada perlanggaran kontrak oleh Fazura

Ketika dihubungi, peguam Fakhrul Azman Abu Hassan, mewakili Nur Fazura, mengesahkan keputusan mahkamah tersebut dan berkata, mahkamah memutuskan bahawa tiada pelanggaran kontrak oleh anak guamnya dan Universal Music.

Narhamdan merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 18 Jun tahun lalu yang menolak samannya terhadap pelakon dan penyanyi itu serta Universal Music yang mengurus Nur Fazura.

Narhamdan, yang memiliki dan menjual produk kesihatan iaitu ‘candy’ yang boleh dikunyah dikenali sebagai ‘Q Tab’ untuk kesihatan rambut, kulit dan kuku memfailkan saman pada 16 Dis 2017 dengan menamakan Nur Fazura, 38, dan Universal Music Sdn Bhd sebagai defendan pertama dan kedua.

Mengikut terma perjanjian, Nur Fazura sepatutnya memasarkan produk tersebut dalam tempoh enam bulan melalui media sosial, khususnya Instagram milik pelakon itu.

Dalam saman tersebut, Narhamdan mendakwa selebriti itu melanggar kontrak pada penghujung September 2017 apabila Nur Fazura melancar dan memasarkan produk kesihatan dan kecantikan berasingan iaitu ‘TRUDOLLY ‘TruBeauty’ ketika kontraknya masih berkuat kuasa.

Alami kerugian

Beliau mendakwa pelancaran produk itu mewujudkan persaingan untuk produk ‘Q Tab’ manakala pemasaran produk itu telah diabaikan, menyebabkan beliau mengalami kerugian dari segi jualan.

Oleh itu, Narhamdan, antara lain, menuntut pembayaran balik RM156,000 daripada Nur Fazura dan Universal Music, ganti rugi RM141,755.61 kerana pelanggaran kontrak, faedah dan kos.

Fazura dalam penyataan pembelaan difailkan pada 29 Jan 2018 mendakwa beliau tidak pernah memasuki apa-apa perjanjian dengan perayu.

Peguam Jefri Jaafar mewakili Narhamdan manakala Universal Music oleh Wilson Lim.

 

Sumber: Bernama, BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 11 Nov 2024

Aina Abdul Dedah Kemunculan Fattah Amin Dalam MV Adalah Pilihan Ibu – “Dia Cakap Kena Ada Hero Dalam MV Ni”

Ibunya merupakan orang pertama yang mendengar lagu tersebut sekaligus memberi cadangan agar aktor itu muncul dan menjadi hero dalam muzik video berkenaan.

Hiburan Wed, 20 Mar 2019

‘Pandang Saya Sebagai Penyanyi Bukan Penyampai Radio’- Young & Gentleman Buah Tangan Terbaru Haiza

Lama tak muncul dengan single, Haiza siap sedia menawan balik industri hiburan dengan ‘Young & Gentleman’. Mesti best ni!

Hiburan Wed, 8 Oct 2025

Peminat Tentukan Siapa Paling Berpengaruh, OhBulan! Hidupkan Fenomena Digital Menerusi ‘OhBulan! Paling Viral Online’

OhBulan! Paling Viral Online menghargai individu yang mencetus fenomena dalam dunia digital & hiburan.

Hiburan Fri, 3 Jan 2020
Featured Sat, 14 Feb 2026

Semarak Ketibaan Bulan Mulia… Suburkan Iman, Sebarkan Ihsan Sepanjang Ramadan & Syawal

lebih 20 rangkaian program khas sepanjang Ramadan dan Syawal 1447H/2026M yang telah dirangka secara menyeluruh

Trending Mon, 9 Dec 2019

Gunung Berapi White Island Di New Zealand Meletus

Sekurang-kurangnya lima terkorban dan selebihnya masih belum dikenal pasti

Hiburan Mon, 11 Mar 2019

Sama Cantik, Sama Padan! Fasha Sandha Dan Aidil Aziz Panas Sarung Baju Kahwin?

Tak sabar rasanya nak tunggu Fasha Sandha dan Aidil kahwin, mesti letopppp kan?

error: Content is protected !!