Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 14, 2026 @ 2:07pm

Semarak Ketibaan Bulan Mulia… Suburkan Iman, Sebarkan Ihsan Sepanjang Ramadan & Syawal

Bertemakan ‘Suburkan Iman, Sebarkan Ihsan’, TV AlHijrah pada tahun ini menampilkan lebih 20 rangkaian program khas sepanjang Ramadan dan Syawal 1447H/2026M yang dirangka secara menyeluruh, berimbang serta berteraskan nilai keimanan dan ihsan.

Antara yang mencuri perhatian ialah pelancaran platform digital baharu dikenali sebagai ‘Langit Dakwah’ yang dijangka menjadi medan penyebaran mesej Islam secara lebih segar dan dekat dengan generasi muda.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris berkata, platform itu bakal dilancarkan pada Ramadan ini dengan program pertama diberi nama ‘Ramadan Quick Drop’.

“‘Langit Dakwah’ ini adalah satu inisiatif eksklusif untuk kita lancarkan platform digital dakwah. Program pertama ini kita panggil ‘Ramadan Quick Drop’. Konsepnya ringkas, iaiutu seminit dakwah, tiga minit dakwah, dengan pendekatan santai seperti guru-guru TikTokers,” katanya.

Susun Strategi Elak Konten Berulang

 

Mengulas kebimbangan mengenai lambakan program sehingga melebihi 20 rancangan, pihaknya menjelaskan setiap kandungan melalui proses analisis ketat sejak awal.

“Sehabis sahaja Raya tahun lepas, kita terus bincang untuk tahun depan. Kita analisis setiap Ramadan apa yang berkesan, apa yang tidak. Yang tak berkesan, kita tolak tepi,” jelasnya.

Dalam pada itu, corak tontonan ketika Ramadan juga berbeza berbanding bulan biasa. Ini kerana, penonton lebih fokus kepada waktu sahur, persediaan berbuka serta solat tarawih.

“Aktiviti Ramadan bermula dengan sahur, kemudian kerja dan balik awal untuk persiapan berbuka. Jadi di antara waktu itu kita selitkan program yang sesuai dengan rutin mereka,” ujarnya.

Drama Sentuh Emosi & Jalan Taubat

Dari sudut drama pula, pihak stesen memberi kebebasan kreatif kepada rakan penerbit tanpa menetapkan tema yang terlalu ketat.

“Drama kita beri ruang kepada kreativiti penerbit. Kita tak tetapkan secara spesifik. Tetapi kebanyakannya menyentuh sisi emosional manusia.

“Bulan puasa ni kita lebih emosional. Cerita sedih itu selalunya berkait dengan keinsafan, taubat dan usaha menjadi lebih baik. Itu yang kita fokuskan,” katanya.

Pendekatan tersebut diyakini mampu memberi pengisian rohani yang lebih mendalam sepanjang bulan mulia.

Fokus Digital, 30 Peratus Bajet Untuk Media Sosial

Dalam perkembangan sama, aplikasi stesen berkenaan kini mencatat antara 260,000 hingga 270,000 pengguna aktif. Namun, capaian tidak hanya tertumpu kepada aplikasi semata-mata.

Malah, satu pasukan khas diwujudkan bagi menghasilkan kandungan eksklusif media sosial yang lebih interaktif dan bersesuaian dengan selera generasi baharu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 29 Oct 2023

Kreatif! Nak Elak Hijab Berkedut Selepas Selesai Gosok? Wanita Ini Kongsi Tips Buat Tempat Sangkut Tudung DIY

Lurveee ❤️❤️Sesuai sangat untuk yang suka gosok tudung banyak-banyak sekali harung!

Featured Tue, 18 Nov 2025

Bila Nak Beria Ajak Kahwin… Bila Kantoi Curang Kata Isteri Macam-Macam” – Abby Abadi

Abby Abadi menyorot perhatian apabila berkongsi kenyataan meluahkan rasa kesalnya terhadap golongan lelaki yang didakwa mengkhianti golongan isteri dan bertindak menyalahkan pasangan sendiri.

Hiburan Wed, 14 Mar 2018

EXO’s Lay Will NOT Allow His Children to Become an Idol

EXO’s Lay talks to Pear Vid in an interview about supporting youngsters chasing their dreams, and future children’s plans on becoming an idol like him.

Hiburan Tue, 12 Nov 2019

Netizen OKU Cari Pasal Dengan Azhan Rani?

Gunalah media sosial untuk kebaikan dan bukan sebaliknya ok?

Featured Fri, 21 Jun 2024
Eat Travel Fri, 9 Nov 2018

Jom Enjoy Sambil Beriadah Di Taman Aktiviti Indoor SuperPark KL Musim Cuti Sekolah Ini!

Ia akan dibuka Disember ini kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa.

Hiburan Sat, 14 Oct 2023

Tahniah! Selamat Diijabkabulkan, Sabri Yunus Kini Suami Kepada Angeline Tan – “Mula-Mula Rapat Tiga Tahun Lalu…”

Alhamdulillah, tahniah Sabri Yunus & Angeline Tan! Siapa dulu layan Pi Mai Pi Mai Tang Tu jugak?

Hiburan Fri, 2 May 2025

Bekas Isteri Datuk Red Bongkar Kes Cakar Wanita Berlaku Pada Tahun 2009

Bekas isteri Datuk Red imbau kejadian cakar seorang wanita dalam rumah

error: Content is protected !!