Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 10, 2024 @ 6:30pm

“Tanda Dia Bangga Dengan Pencapaian Saya” – Terharu Keith Foo Beri Hadiah, Iphone 16 Pro Max Pemangkin Semangat Riena Diana

Pelakon, Riena Diana tersipu malu apabila berkongsi mengenai hadiah telefon terkini yang diberikan oleh kekasih hatinya, aktor Keith Foo, baru-baru ini.

Ketika ditemui XTRA, Riena berkata dia tidak menjangka Keith akan menghadiahkan sebuah telefon Iphone 16 Pro Max yang baru sahaja dilancarkan pada 9 September lalu.

“Saya tak jangka dia nak bagi telefon ini, masa tu masa tu saya tengah bekerja dan dia telefon ajak jumpa sekejap di set penggambaran, pergi makan tengah hari.

“Bila nak balik tu tiba-tiba dia bagi saya hadiah katanya untuk pencapaian saya. Dia selalu cakap dia sangat bangga dengan saya,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, Riena yang meletakkan foto mereka berdua sebagai ‘wallpaper’ telefon tersebut meluahkan rasa terharu menceritakan Keith memberi hadiah tersebut atas pencapaiannya.

“Sebenarnya, saya tak nak buat teater (Andak Berandak),  tapi dia yang memberi semangat, jadi saya buat. Seterusnya saya diberi peluang dan rezeki untuk menjadi pengacara Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) ke-36.

“Dia tahu macam mana saya takut, ada masalah keyakinan diri. Depan orang memang saya jenis ‘bubbly, tapi belakang orang saya pernah menangis, takut dengan kecaman orang lagil-lagi untuk pentas ABPBH.

“Hadiah telefon ini sebagai pemangkin semangat saya,” katanya.

@rienadiana_

😭😭 @Keith Foo Official

♬ original sound – riena diana – riena diana

Sebelum ini, Riena dan Keith secara terbuka memaklumkan bahawa mereka sedang hangat berjalin cinta selepas sama-sama terbabit dalam drama Tonton Original Series, Salju Rindu Di Bumi Auckland.

Selain pasangan kekasih ini, drama ini turut menampilkan barisan pelakon seperti Nabil Aqil, Kodi Rasheed dan Husna Mustaffa.

Drama penuh emosi ini berlatarbelakangkan keindahan bumi Auckland, mengisahkan tentang kekeluargaan, cinta, dan juga penebusan. Drama ini merupakan hasil terbitan Global Station yang diarahkan oleh Riza Baharudin.

Saksikan Tonton Original Series: Salju Rindu di Bumi Auckland secara eksklusif di platform penstriman Tonton melalui www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton setiap Isnin hingga Khamis, mulai 16 September 2024 hingga 31 Oktober 2024!

Artikel Berkaitan: Enggan Terburu-Buru Tamatkan Zaman Duda, Keith Foo Mahu Kenali Hati Riena Diana Lebih Mendalam Sebelum Berkahwin – “Kami Mahu Pengakhiran Yang Indah Untuk Selamanya”

Artikel Berkaitan: Sukar Menangis Bawa Watak Berat, Riena Diana Gementar Pertama Kali Berlakon Bersama Keith Foo Dalam Drama Salju Rindu Di Bumi Auckland 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 26 Mar 2022
Featured Tue, 25 Oct 2022

“Rindu Nak Dengar Dia…” – Netizen Harap Mila Jirin Comeback, Diberi Peluang Sertai Pertandingan Nyanyian

Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin atau nama sebenarnya Norsyamilla Jirin sudah lama menyepi dalam industri nyanyian kerana menceburi bidang baharu. Sibuk menguruskan perniagaan Bizmilla Wedding Centre, bukan suatu perkara yang mudah untuk anak jati Pulau […]

Hiburan Wed, 10 Jan 2024
Trending Mon, 26 Nov 2018

Duyung Pinggang Secekak Ditemui Di Pantai Remis. Cantik Sungguh!

Sudah beranak empat, tapi body mantap macam anak dara. Paling mengejutkan ukuran pinggangnya 23 inci saja!

Contest Fri, 12 Apr 2019

xtra好康头 | 送你《林志炫「ONE TAKE 2.0」巡回演唱会–云顶站》入门票

#xtra好康头 送你林志炫《ONE TAKE 2.0巡回演唱会–云顶站》入门票!让你共赴一场五颗星的音乐盛宴~

Featured Wed, 18 Dec 2024

Bekas Isteri Letak Standard Terlalu Tinggi, Idzham Ismail Sukar Cari Pengganti

Idzham mudah terganggu apabila wanita yang bakal dikenalinya itu tidak mencapai ‘standard bekas isterinya.

Hiburan Mon, 7 Jan 2019

Pergh…Tiket AJL 33 Licin Dalam Masa Sejam?

Korang dah dapatkan ke belum? Kalau belum, cepat- cepat beli di www.myticket.asia tau!

Trending Wed, 16 Dec 2020
error: Content is protected !!