Euforia Bola 2026
Trending By: Padin December 16, 2020 @ 1:08pm

Busana Disamakan Dengan Watak Hantu, Ini Penjelasan Aina Abdul

“Saya suka bereksperimen dengan fesyen.  Sebenarnya, ada cerita di sebalik busana saya,” komen Aina Abdul apabila fesyen yang digayakan di malam Separuh Akhir Muzik Muzik 35 (SFMM35) menjadi bualan netizen.

Menyampaikan lagu Semalam, lagu ciptaan sepenuhnya oleh Aina sendiri ini berjaya melayakkan diri ke pentas Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35).

Sumber: Instagram Syamil Fazwan, pereka fesyen Aina Abdul.

“Busana ciptaan indah Syamil Fazwan ini menggambarkan saya sebagai seorang wanita yang sudah lama meninggalkan masa silamnya.

“Bila orang lihat saya dari busana terbabit, saya nak semua nampak saya  sebagai wanita kuat yang datang semula untuk menceritakan apa yang dilalui dahulu.

“Sebenarnya, saya boleh agak orang akan samakan saya dengan watak itu. Saya minta maaf jika saya membuat orang lain seram,” selorohnya kepada Xtra.

Aina turut meluahkan rasa syukur apabila lagu ciptaannya terpilih ke AJL35.

“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur berjaya melayakkan diri ke pentas besar ini. Sebagai seorang penyanyi baru, ini adalah satu penghargaan yang sangat tinggi untuk saya.

“Saya sangat berterima kasih kepada barisan juri dan pihak TV3 yang memberikan peluang kepada Semalam. Sudah tentunya saya tak akan dapat buat semua ini tanpa bantuan pasukan yang menjadi 70 peratus kekuatan saya.

“Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada peminat saya, Ainations. Mereka menjadi nadi dan pembakar semangat untuk saya terus melangkah.

“Insya-Allah, saya akan memberikan sebuah persembahan yang bakal diingati semua di malam AJL35 tahun hadapan. Saya mohon doa semua,” katanya lagi.

ARTIKEL BERKENAAN: Senarai Penuh 12 Finalis AJL35

ARTIKEL BERKENAAN: Kenapa Lagu Naim Daniel, Yonnyboii & Zynakal Tak Layak Ke AJL35? Ini Jawapan Ketua Juri…

Mematuhi garis panduan prosedur operasi standard (SOP), episod tiga SFMM35 bersiaran tanpa penonton seperti program-program siaran langsung yang lain dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 19 Sep 2022

Menguji Kekentalan Jiwa, Generasi Z Kembali Dengan Musim Kedua!

Dengar cerita macam lagi mencabar je musim kedua ni! Wajib tengok 🤩

Featured Sat, 9 Sep 2023
Featured Sat, 13 Aug 2022

Perkhabaran Positif Pada Ulang Tahun Kelahiran, Ainul Mardhiah Kini Sudah Sedar!

Alhamdulillah syukur semoga Ainul Mardhiah terus kuat dan sihat 🤲❤️

Trending Mon, 20 Aug 2018

Ribut Pasir Tak Gugat Semangat Jemaah Haji

kejadian bermula sekitar jam 6.30 petang di mana jemaah haji dalam keadaan tidak menyangka kawasan itu akan dibadai ribut.

Featured Thu, 1 Sep 2022

Ustaz Don Daniyal Saran Tetapkan Garis Panduan Konsert – “Jangan Terus Jatuh Hukum”

Ustaz Don Daniyal ulas isu sekatan konsert artis antarabangsa

Featured Wed, 28 Jan 2026

“Jangan Sampai Satu Hari Nanti Kau Kena Saman” – Nadia Annuar Tegur Sikap Warganet Suka Sibuk Hal Orang

Nadia Annuar menempelak tindakan segelintir pihak yang secara terbuka berkongsi foto mahupun video orang lain di media sosial tanpa kebenaran.

error: Content is protected !!