Categories: HiburanSelebriti

‘Malaysia Tolong Buka Mata’- Amylea Mohon Bakat Kaer Azami Tak Dipandang Sepi

Finalis Anugerah Juara Lagu Amylea Azizan luah rasa bangga apabila dapat berkongsi pentas bersama Kaer Azmi yang merupakan idolanya sejak tahun 2004.

Kata Amylea, dia amat berterima kasih dengan penyanyi lelaki itu atas kesudiannya membawakan lagu Tak Pernah Hilang di AJL 33, baru-baru ini.

“ Tidak pernah terbayang saya berada di pentas sama, menjadi rakan duet dan kawan anda.

“ Terima kasih sudi jadikan saya sebagai rakan dan pasangan duet. Malaysia tolong buka mata, jangan biarkan dia pergi lagi,” katanya.

Amylea dan Kaer berentap di pentas AJL 33 dengan membawakan lagu Tak Pernah Hilang yang merupakan lagu tema drama rantaian popular, Nur.

Menerusi laman Instagram Amylea, dia turut mengingatkan kepada pihak luar yang memandang rendah kepada kemampuan mereka berdua agar berhenti buat demikian.

“ Iya mungkin saya jelik di mata anda. Tapi ini adalah anugerah yang Allah berikan kepada saya, kepada kami. Tiada apa yang dapat menghalang untuk kami meneruskan perjuangan ini,” luahnya.

Amylea sempat memberitahu ada pihak yang menyuruhnya agar tempat Kaer digantikan. Dengan ringkas dia menjawab “ Maaf saya tak sudi”

Ish, tak baik tahu sampai suruh Amylea buat macam tu. Rezeki masing-masing kan? Bersyukurlah…

SGMS Faida