Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 31, 2024 @ 8:17pm

Malulah Tengah Jalan Suami Orang Asyik Pandang, Jagalah Hati Isteri Tu” – A Aida

Penerbit terkenal, Datuk A Aida menyelar segelintir golongan suami yang tidak henti memandang wanita lain sehingga tidak menjaga hati isteri yang berada disamping mereka.

Menerusi perkongsian di Instagram, A Aida berkata dia berasa malu apabila ada pihak lelaki yang memandangnya ketika sedang berjalan.

Malah, ada juga dalam kalangan lelaki tersebut dicubit oleh isteri mereka.

Dalam masa yang sama, A Aida mempersoalkan bagaimanakah kelakuan lelaki spesis seperti ini dibelakang isterinya.

“Malulah bila kita berjalan orang asyik pandang-pandang. Ada tu sampai kena cubit dengan isteri.

“Pada para suami tu kalau isteri ada dekat sebelah tak payahlah mata tu asyik pandang perempuan lain je.

“Jagalah hati bini tu. Kalau dah depan bini pun buat perangai macam tu, kat belakang macam manalah perangai tu ya,” tulisnya.

A Aida

Sebelum ini, A Aida mencuri perhatian ramai apabila telah ‘blacklist’ pelakon sensasi, Ruhainies yang ditangkap khalwat bersama aktor, Aliff Aziz pada 9 Mac lalu.

Susulan tindakan itu, A Aida menggantikan Ruhainies dengam memberi tawaran kepada isteri Aliff, Bella Astillah untuk bekerjasama dalam tiga drama berdjulu Elham Untuk Nilam, Matahariku, dan Move On Romeo.

Artikel Berkaitan: ‘Tikam Belakang’ Kawan Punca Nama Ruhainies Digugurkan, A Aida Beri 3 Kontrak Drama Kepada Bella Astillah – “Dia Minta Maaf Pun Tak Terima”

Artikel Berkaitan: Nama Dibuang Dari Telemovie, A. Aida ‘Blacklist’ Ruhainies – “Isu Ini Serius & Saya Baik Dengan Bella Astillah”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 9 Jul 2019
Contest Mon, 15 Jul 2019

xtra好康头 | 送你《陈小春「STOP ANGRY」巡回演唱会2019》入门票

xtra好康头 送你《陈小春「STOP ANGRY」巡回演唱会2019》入门票,让你随着他的歌声「体验」陈小春的人生。

Hiburan Tue, 13 Jun 2023
Hiburan Thu, 11 Jan 2018

SUDAH GIVE UP, KENAPA DENGAN ELYANA?

Disebabkan video pendek yang mengandungi beberapa quotes dalam bahasa inggeris itu, ramai peminatnya tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat dan mendoakan beliau agar terus kuat dan sihat

Trending Mon, 24 Aug 2020
Featured Fri, 26 Aug 2022

Mahu Mencari Ketenangan, Marshanda Belum ‘Ready’ Kahwin Kali Kedua

Tenang-tenang ajaaa dulu ya Caaaa! Usah ribut kawin dulu ar💐

Trending Sun, 3 Jul 2022

Rokok Seludup Bernilai RM1.8 Juta Berjaya Dirampas, Dua Lelaki Tempatan Ditahan

Rokok seludup berjaya dirampas, suspek tiada rekod jenayah.

Hiburan Sat, 27 Oct 2018

Afgan – Rossa Sebenarnya Dah Kahwin?

Wow…Pasangan berbeza usia 11 tahun ini memilih bernikah dalam sebuah majlis tertutup. Biar betul?