Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain January 11, 2024 @ 12:07pm

Yasmin Hani Rapat Dengan Bekas Suami Demi Anak, Pilih Jadi Ibu Bapa Yang Bertamadun Selepas Berpisah

Pengacara dan pelakon Yasmin Hani mengakui dia selesa mengekalkan hubungan baik dengan bekas suaminya, Sha’arin Razali demi anak-anak.

Menurut Yasmin, mereka lebih kerap berkomunikasi dan rapat selepas berpisah kerana mahu memastikan anak-anak membesar dengan baik meskipun sudah bercerai.

Malah, Yasmin turut menyatakan mereka lebih selesa menjadi ibu bapa yang bertamadun meskipun sudah berpisah kerana enggan anak-anak terkena tempias perceraian.

“Sekarang, hubungan saya dan Sha’arin masih baik dan rapat. Malah, boleh dikatakan kami lebih banyak berborak bersama berbanding saya dengan Alif Hadi (kekasih) sendiri, terutama untuk mengatur pengurusan anak-anak ke sekolah.

“Kami memilih untuk lebih bertamadun dengan mengelak mencaci maki sesama sendiri walaupun tidak lagi bergelar suami isteri. Ini kerana, kami tidak mahu anak terkena tempias daripada perceraian yang berlaku,” katanya.

Memetik laporan Harian Metro, Yasmin menyatakan dia tidak sangka hubungannya dengan bekas suaminya agak baik selepas bercerai dan sentiasa mendoakan agar lelaki itu dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

“Saya pun tak sangka yang kami boleh jadi baik dan rapat selepas bercerai demi anak-anak. Dia (Sha’arin) banyak bantu dalam pengurusan anak-anak dan saya sentiasa mendoakannya agar dipanjangkan umur dan terus dimurahkan rezeki.

“Kami juga merancang membawa anak-anak bercuti di Bali, Indonesia pada Mac depan dan turut meraikan hari lahir Sha’arin di sana. Tidak hanya itu, kami turut mempunyai perancangan untuk mengerjakan umrah pada hujung tahun ini.

“Sha’arin memang ada sebut nak membawa anak-anak untuk mengerjakan umrah bersama. Jadi, saya ada mengatakan padanya mahu ke Tanah Suci juga untuk tunai umrah buat pertama kali dengan menyertai mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Yasmin mengakui ramai wanita yang berhadapan masalah yang sama meminta nasihat daripadanya selepas melihat hubungan baiknya bersama bekas suaminya.

“Saya ada menerima mesej langsung (DM) daripada individu yang mahu meminta cerai dan sudah berpisah bagi mendapatkan nasihat menjaga hubungan baik demi anak mereka dengan bekas pasangan.

“Tapi, apa yang boleh saya kata, fikir panjang dulu sebelum buat keputusan bercerai dan jangan berebut anak,” jelasnya.

Terdahulu, Yasmin dan Sha’arin telah mendirikan rumah tangga pada 2015, namun bercerai pada Disember 2021.

Hasil perkongsian tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Noah Ismail Wong, 10, dan Eissa Elzander Wong, 7.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 20 Jun 2019

Bapa Tiri Jutawan Bukan ‘Lesen’ Nak Hidup Mewah

Tidak bermakna saya boleh menggunakan kesempatan atas kekayaan Daddy untuk kepentingan sendiri. 

Featured Wed, 1 Oct 2025
Featured Tue, 30 May 2023
Trending Fri, 6 Nov 2020
Trending Tue, 26 Feb 2019

Misteri Istana Woodneuk terungkai, bernilai RM14 bilion, tetapi dibiarkan usang

TMJ miliki istana di Singapura yang dijadikan inspirasi untuk filem Crazy Rich Asians

Trending Thu, 18 Jul 2019

SAH! Video ‘Semburit’ Haziq Tulen

aya selaku ketua polis negara tidak boleh memandai-mandai… perkara itu menjadi subjek dalam perbicaraan sekiranya dibawa ke muka pengadilan.

error: Content is protected !!