Marah Dengan Bekas Suami, Lihat Apa Yang Angelina Jolie Buat…

Dahulu pasangan ini digelar sebagai pasangan paling romantik dan glamour di Hollywood. Segalanya berubah apabila mereka bercerai pada 2016.

Memiliki enam orang anak iaitu  Maddox, Pax, Zahara, Shiloh, dan kembar Knox and Vivienne, perbalahan pasangan Brad Pitt dan Angelina Jolie terus mendapat liputan media antarabangsa sehingga kini.

Jika dahulu, Jolie berdepan dengan masalah menuntut nafkah anak-anak terhadap bekas suaminya itu, berlainan hal pula kali ini.

Baru-baru ini, Jolie dilaporkan tidak membenarkan enam anaknya berhubung dengan Pitt.

Menurut laporan Hollywoodlife.com, pelakon wanita berusia 42 tahun itu berang terhadap bekas suaminya seterusnya mendorong beliau untuk bertindak demikian.

Ada peminat yang menganggap ia tindakan merepek tetapi mungkin terlalu marah agaknya, mungkin juga kan?

SGMS Faida