Mas Khan Dedah Jarang Solat 5 Waktu Selepas Ditanya Peminat Mengenai Ibadah, Tapi…

Pelakon Mas Khan menjawab persoalan daripada pengikutnya menerusi pautan Ask Me Question di Instagram Stories (IGS), baru-baru ini.

Apa yang menarik perhatian, ada peminat yang bertanyakan kepada Mas bagaimana untuk menjadi orang yang berjaya dan adakah pelakon tersebut menunaikan solat 5 kali sehari.

“Macam mana nak jadi seorang yang berjaya? You solat penuh tak? Sorry tanya… Sebab I suka tengok story you lagi-lagi,” tanya individu itu.

Tidak cepat melatah, Mas atau nama sebenarnya Mas Hidzhir Khan Mas Fadzillah Khan, 28, mengaku dia jarang menunaikan solat penuh namun mengetahui bahawa solat itu wajib dan tiang agama.

Bukan itu sahaja, pelakon drama Bukan Gadis Biasa itu menyatakan bahawa ibadah solatnya agak tersasar namun dia mencari pahala dengan ibadah lain.

Baru-baru ini, nama Mas hangat diperkatakan netizen selepas terpalit isu melibatkan dia membela anjing.

ARTIKEL BERKAITAN: Mas Khan Dikecam Netizen Bela Anjing, Ada Tatu – “Saya Hanya Jadi Diri Sendiri”

Atiqah Johari