Puji Keindahan Ibu Bagai Belut, Respons Mak Puteri Balqis Sangat Win! – “Patut Aku Campak Kau Dalam Paya”

Pelakon cilik, Puteri Balqis, 15, berkongsi momen manis ketika dia menyakat ibu tercinta, Norashikin Mohd Aziz yang menghantar gambar selfie kepadanya di aplikasi WhatsApp.

Puteri Balqis atau lebih mesra disapa Aqish itu memuat naik sebuah tangkap layar skrin perbualan yang memuji kecantikan ibunya seperti seekor belut.

“Tunggu 10 minit nak reply, rupanya cari angle selfie,” kata aktres drama Dania TV3.

“Titew nak ambew gambew jew,” balas ibunya.

“Keindahanmu bagaikan ikan belut,” usik Aqish.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah reaksi Ibu Aqish seakan meluahkan rasa berang kepada puteri sulungnya itu.

Artikel Berkaitan: Imbau Momen Indah Bersama, Puteri Balqis Rindu Arwah Abam – “Pelangi Saya Masih Tidak Berwarna”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pertama Kali Bergandingan Dengan Aedy Ashraf Dalam Telefilem Dania TV3, Puteri Balqis Terbawa Emosi

“Patut kecik-kecik dulu, aku rendam kau dalam paya. Tak guna,” seroloh ibunya.

“Saja kacau mak,” tulisnya di kapsyen foto tersebut.

Aqilah Paharuzi