Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 21, 2024 @ 4:42pm

“Masa Makan Di Lokasi Penggambaran Pun Boleh Bina ‘Chemistry’, Tak Perlu Sesi Berduaan” – Izzue Islam

Pengacara dan pelakon, Izzue Islam mengakui dia tidak memerlukan sesi latihan secara berdua-duaan bersama aktres wanita demi membina keserasian bersama dalam mana-mana penggambaran.

Mengulas lebih lanjut, Izzue secara peribadi menganggap sesi sesi berdua-duaan bersama artis wanita yang digandingkan bersama tidak perlu, kerana baginya chemistry boleh terbina di lokasi penggambaran.

“Kita berjumpa setiap hari dan berlatih di lokasi penggambaran dan waktu ‘break’ untuk makan pun sudah boleh bina ‘chemsitry’ sesama pelakon.

“Alhamdulillah, setakat ini saya berlakon dengan pelakon, Ummi Nazeera, walau kami tak bersentuhan pun orang tetap boleh terima dan dapat rasa kami berdua ni sepasang suami isteri,” katanya.

Sementara itu, aktor drama rantaian Rindu Kasih ini memaklumkan ada beberapa aktres wanita kekok untuk berlakon dengannya kerana tidak bersentuhan.

Bagaimanapun, jelas Izzue ada juga segelintir pelakon wanita sudah mengetahui cara untuk bekerja dengannya misalnya dalam mencapai keserasian bagi menghidupkan watak masing-masing.

Izzue Islam

“Setakat ini, saya tak pernah digoda attis wanita tapi saya tahu ada beberapa pelakon yang tak selesa dengan saya sebab tak boleh bersentuhan dalam lakonan.

“Sebagai pelakon, kita hanya perlu menjadi diri sendiri dan kami ada juga bergurau di kokasi.

“Kami tahu kelebihan dan kekurangan masing-masing dan dalam masa sama saling membantu untuk memberikan yang tebraik pada watak dilakonkan,” ujarnya lagi.

Dalam masa yang sama, Izzue berkata dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk berlakon bersama artis terpalit kontroversi.

“Saya pernah beberapa kali digandingkan dengan artis yang sebegitu sebelum ini.

“Setakat ini tiada masalah sebab mereka mungkin sudah tahu kalau berlakon dengan saya tak boleh bersentuhan dan pada masa sama, isteri, Awin Nurin memang ada menemani di lokasi penggambaran,” katanya.

Izzue Islam

Izzue berkata demikian ketika ditemui di majlis berbuka puasa anjurannya, pada Isnin.

Sebelum ini, individu dikenali sebagai Mr Z mendedahkan hubungan Aliff Aziz dan Ruhainies dikatakan sangat akrab demi mewujudkan keserasian antara mereka.

Jelasnya lagi, Aliff dan Ruhainies didakwa mempunyai panggilan mesra ‘baby’.

Artikel Berkaitan: Guna Alasan Nak Cipta ‘Chemistry’, Individu Dedah Ruhainies, Aliff Aziz Siap Ada Panggilan ‘Baby’?

Artikel Berkaitan: Didakwa Perangkap Aliff Aziz, Ini Jawapan Bella Astillah

Artikel Berkaitan: ‘Unfollow’ Ruhainies, Bella Astillah ‘Block’ Aliff Aziz?

Artikel Berkaitan: “Saya Jemput Dia Makan Bersama Keluarga” – Isu Khalwat Dengan Aliff Aziz, Ruhainies Buka Mulut… Sedia Bincang Dengan Bella Astillah

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak-Anak Tak Terkesan Isu Panas Aliff Aziz, Bella Astillah Harap Penceraian Dapat Perbaiki Diri Masing-Masing

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Macam Tak Ada Apa” – Ruhainies, Aliff Aziz Dalam Tempoh ‘Bertenang’, Fokus Shooting Saat Bella Astillah Tuntut Cerai

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 28 Jun 2022

Ditawar RM1.3 Billion, Johnny Depp Didakwa Bakal Beraksi Sebagai Kapten Jack Sparrow Semula?

Rindunya nak tengok Johnny Depp berlakon jadi Jack Sparrow! Min belanja sikit ayat famous dia, “Why fight when you can negotiate,” 🔥🙌 Deep!

Hiburan Thu, 14 Dec 2023

#SFMM38: “Penggantian Penyanyi Lagu Astana Di Luar Pengetahuan Saya” – Ernie Zakri

Jika perkara ini berterusan, saya dan tiga lagi komposer berhak menarik diri daripada SFMM38 – Ernie Zakri

Featured Wed, 23 Mar 2022

Iqbal Zulkefli Dedah Kisah Sebalik Cincin Permata RM100,000 Dalam MV Ku Ikhlaskan, Rupa-Rupanya…

Fuh.. Rupa-rupanya Iqbal dicabar oleh DSV untuk membuktikan cintanya.. tetapi.. Klik artikel untuk baca berita penuh!

Hiburan Tue, 6 Jun 2023
Featured Wed, 29 Nov 2023
Hiburan Sat, 1 Dec 2018

Aliff Syukri Bingung Kucing Harga RM 50,000 Hilang

Alamak! Kucing Dodi lari masuk hutan belakang rumah.

Trending Wed, 2 Sep 2020

Permohonan Rayuan BSH Dibuka Sehingga 6 September

Perhatian buat pemohon rayuan BSH