Hiburan By: Nurul Hana June 6, 2023 @ 5:39pm

Dikecam Berpakaian Seksi, Amelia Henderson Terbuka Dengan Semua Komen

Pelakon Amelia Henderson menerima segala kecaman atau kritikan berkaitan dengan imej seksi yang sering dipaparkan.

Sebelum ini, Amelia pernah menjadi bualan netizen apabila dia memuat naik gambar memperagakan pakaian berjenama yang terlalu seksi sehingga menampakkan bahagian dada.

“Bila kita kerja sebagai seorang public figure akan ada ramai orang yang akan cakap macam-macam tentang diri kita.

“Bila kita menceburi dalam bidang hiburan macamni, kita kena bersedia. Kadang apa yang mereka cakap ada yang betul dan ada yang tak betul sebab mereka tak kenal kita siapa, tiada dengan kita setiap hari,” katanya.

Aktres wanta berusia 27 tahun itu berkata, dia bersedia menerima segala kritikan atau komen orang luar bagi membentuk dirinya sendiri.

“Bagi saya, saya terima dengan hati terbuka mana-mana komen yang orang beri dekat saya, tapi dalam masa yang sama, saya tahu keluarga dan orang yang paling saya sayang sentiasa faham dan sokong saya.

“This is me, sekurang-kurangnya saya jujur dengan pendirian saya sendiri,” ujar Amelia.

Pelakon cantik itu ditemui di Majlis Penjenamaan Semula Fam Fries, Ahad lalu.

Dalam masa yang sama, Amelia juga memberitahu segala kritikan atau komen negatif netizen tidak menganggu mentalnya sama sekali.

“Saya tidak pernah rimas atau stres, tentang pakaian ni memang dah berterusan lama.

“Saya ada je baca komen yang sangat positif yang buat saya sangat terharu sebab saya tidak sangka apa yang saya buat tu boleh menyentuh hati seramai itu.

“Sekiranya isu pakaian adalah benda paling negatif yang saya pernah buat, itu okay sahaja bagi saya,” ujarnya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 3 Aug 2023
Hiburan Sat, 1 Sep 2018

Akui Sukar Tapi Kaer Azami Tak Pernah Menyesal

Cinta saya terhadap bidang muzik amat kuat dan atas sebab itu saya nekad meninggalkannya…

Hiburan Sat, 17 Mar 2018

香蕉哥哥、草莓姐姐结婚!秘恋3年冲绳办婚礼

恭喜香蕉哥哥和草莓姐姐要结婚了!秘密交往了3年时间,小俩口近来宣布喜讯,将于19日在日本冲绳举行婚礼;这是东森YOYO家族首对哥哥、姐姐组成的夫妻档,消息一出令众人又惊又喜!

Trending Thu, 27 Jan 2022

Lempar Tuduhan Terhadap Anuar Zain Sehingga Ziana Zain Berang, DSV Diserang Netizen – “Saya Mohon Maaf, Tidak Berniat”

Usahawan kontroversi, Datuk Seri Vida (DSV) tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada penyanyi terkenal Anuar Zain. Dalam hantaran terkini yang dimuat naik di Instagram miliknya, DSV memohon kemaafan susulan video pendek yang tular di […]

Events Mon, 18 Nov 2019
Featured Mon, 21 Mar 2022

Mengaku Bersalah Kongsi Video Aksi Dukung Dengan Siti Hariesa, Zul Ariffin Mohon Maaf

Pelakon utama dah minta maaf, semoga isu sensitif seperti ini dapat menjadi pengajaran buat semua

Trending Mon, 27 Aug 2018

Kenyang Sampai Tertinggal Anak Di Kedai Makan

Disebabkan pelanggan ramai, saya tidak tahu kanak-kanak ini datang daripada pelanggan yang mana, sehinggalah akhirnya dia tertidur sebab keletihan…