Hiburan By: SGMS Faida September 1, 2018 @ 3:27pm

Akui Sukar Tapi Kaer Azami Tak Pernah Menyesal

Selepas single Tak Pernah Hilang nyanyiannya bersama Amylea Azizan meledak, nampaknya Kaer Azami nekad meninggalkan pekerjaan lamanya.

Umum tahu, penyanyi berusia 33 tahun ini bekerja sebagai pereka hiasan dalaman sebelum ini.

“ Cinta saya terhadap bidang muzik amat kuat dan atas sebab itu saya nekad meninggalkan kerjaya bagi memberi tumpuan kepada dunia seni.

“ Walaupun susah untuk membuat keputusan pada mulanya, saya tidak menyesal. Muzik adalah jiwa saya,” katanya.

Akui Kaer, populariti Tak Pernah Hilang kembali membuka jalannya dalam bidang muzik.

“ Selain itu, daripada rakan-rakan industri termasuk rakan duet, Amylea membuatkan saya yakin dengan keputusan.

” Sokongan dan dorongan daripada rakan-rakan juga membuatkan saya lebih yakin kerana pada mulanya saya takut juga kerana banyak benda dah berubah.

” Tetapi saya perlu ambil setiap peluang yang ada untuk buktikan diri sebagai penyanyi dalam menarik minat peminat baru,” jelasnya.

Kaer juga bakal muncul dengan single duet bersama Amylea untuk drama bersiri Nur 2 tidak lama lagi dia dan dalam masa sama dalam proses menghasilkan single terbaharunya yang dijangka berada di pasaran pada tahun hadapan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 18 Jul 2022

Naqiu Tolak Tawaran Menyanyi Jika Bukan Bersama Boboy – “Tak Adil Minta Saya Nyanyi Lagu…”

Ini baru betul ketua kumpulan yang hebat! 👏🏻 Naqiu kata nak tebus semula peluang Boboy yang hilang 15 tahun dahulu. Yass, Min suka lagu Episod Cinta 🤩👏🏻

Events Thu, 4 Apr 2019

Catch the Dynamic Canadian Band, Diamonds Live at Zeta Bar

You don’t want to miss out on this talented group.

Hiburan Wed, 21 Jun 2023
Hiburan Sun, 31 Dec 2017

SUAMI DISERANG SAKIT JANTUNG – AMYZA AZNAN MOHON DOA

“Semalam hari Jumaat pada jam 5 petang, suami saya kena serangan jantung buat pertama kali dan sekarang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi, Hospital Ampang Puteri. Saya akui, saya lost tanpa dia.  “Terima kasih kepada kawan-kawan […]

Featured Wed, 31 Jan 2024
Events Thu, 24 Oct 2019
Hiburan Thu, 12 Sep 2019
Hiburan Tue, 5 Mar 2019