Hiburan By: Izzi Farhana June 21, 2023 @ 9:48am

Terima 21 Juta Undi, Ini Senarai Penuh Top 5 ABPBH 35!

Pusingan pertama undian Top 20, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 yang telah dilancarkan pada 12 Mei hingga 11 Jun lalu telah mencatatkan rekod sepanjang penganjuran acara anugerah tersebut apabila menerima lebih 21 juta undi diterima sepanjang tempoh 31 hari proses pemilihan dibuka.

Undian sebanyak 21,003,657 itu diterima membabitkan 12 kategori utama dan tujuh kategori sampingan iaitu Ekstra yang turut dipertandingkan pada edisi kali ini.

Proses pemilihan calon Top 5 bagi setiap kategori adalah berdasarkan 70 peratus undian daripada peminat dan 30 peratus lagi daripada juri professiol.

Calon yang mendapat undian terbanyak bakal dianugerahkan sebagai juara dengan gelaran Bintang Paling Popular.

Menurut Pengarah ABPBH 35 merangkap Pengarang Berita Hiburan BH, Shamshul Azree Samshir, undian yang diterima iaitu lebih daripada 21 juta undian telah membuktikan acara anugerah ini masih relevan dan mendapat tempat di hati peminat industri hiburan tempatan.

“Kita amat berbesar hati dan berbangga dengan jumlah undian tertinggi dikumpul pada fasa awal ABPBH 35 yang memberi petunjuk bahawa acara anugerah ini masih relevan.

“Sokongan diberi peminat menunjukkan ABPBH masih menjadi pengukur dalam menilai populariti artis dan selebriti tempatan, apatah lagi, kali terakhir acara anugerah ini dibawa kira-kira, dua tahun lalu.

“Biarpun ABPBH tidak dianjurkan tahun lalu, kita percaya acara anugerah ini masih meraih kepercayaan peminat dan penaja dalam merancakkan lagi pembangunan sektor kreatif tempatan serta sanjungan ramai terhadap bakat dan kreativiti anak seni,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Berkongsi lanjut, edisi ABPBH kali ini tampilkan sedikit penambahbaikan dengan melibatkan penilaian dari juri professional.

Tema ABPBH 35 ialah Ekspresi Leggasi Seni yang telah dilancarkan pada majlis berkonsepkan ‘hipster’ di Stesen Keretapi Lama Kuala Lumpur di ibu negara, pada 12 Mei lalu.

Pada majlis tersebut, gerabak kereta api ikonik termasuk koc mewah persis hotel lima bintang milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang membawa calon awal ABPBH 35, dipandu masuk ke platform Stesen Keretapi Lama Kuala Lumpur, dengan kemuncak acara iaitu penyerahan bendera dan trofi ABPBH sebagai gimik.

Penaja utama ABPBH 35 adalah Fellera Skin iaitu pengeluar produk kesihatan wanita
terkemuka, Jeli Ajaib Bellrossa Advances.

Shamsul Azree juga berkat, penganjur sangat teruja untuk dengan senarai Top 5 yang dipilih peminat mewakili artis popular yang masing-masing memiliki kelebihan dan kekuatan tersendiri untuk dipilih sebagai finalis ABPBH 35.

Peminat boleh mula layari www.abpbh.com.my bagi meneliti senarai Top 5 atau finalis edisi ke-35 ABPBH, mulai hari ini sehingga 15 Julai depan.

Pada malam kemuncak ABPBH 35, sebanyak 12 kategori utama dipertandingkan iaitu BBNU Lelaki Popular, BBNU Wanita Popular, Penyanyi Lelaki Popular, Penyanyi Wanita Popular dan Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular.

Turut dipertandingkan, Aktor Filem Popular, Aktres Filem Popular, Aktor TV Popular, Aktres TV Popular, Penyampai Radio Popular, Pengacara Televisyen (TV) Popular dan Artis Komedi Popular.

Undian tertinggi daripada mana-mana kategori tunggal disaingi artis pada peringkat Top 5 akan menjadi penentu kepada pemenang trofi utama, iaitu Bintang Paling Popular ABPBH 35.

Turut dipertandingkan pada ABPBH 35 adalah tujuh kategori Ekstra! iaitu Couple TV Popular, Couple Filem Popular, Drama Popular, Lagu Paling Boom Popular, Content Creator Popular, TikTokers Popular dan Lawak Viral Popular.

12 KATEGORI UTAMA
● BBNU LELAKI POPULAR
1. Amir Ahnaf
2. Danial Chuer
3. Fadhli Masoot
4. Meer Nash
5. Mierul Aiman

● BBNU WANITA POPULAR
1. Anna Jobling
2. Puteri Khareeza
3. Qasrina Karim
4. Siti Khadijah Halim
5. Sophia Albarakbah

● PENYANYI LELAKI POPULAR
1. Amir Masdi
2. Hael Husaini
3. Haqiem Rusli
4. Khai Bahar
5. Naqiu

● PENYANYI WANITA POPULAR
1. Aina Abdul
2. Ernie Zakri
3. Nabila Razali
4. Siti Nordiana
5. Wany Hasrita

● ARTIS KOLABORASI/DUO/BERKUMPULAN POPULAR
1. Dayang Nurfaizah & Amir Masdi
2. Dolla
3. Ernie Zakri & Syamel
4. Nuha Bahrin & Naufal Azrin
5. Siti Nordiana & Bunga Isme

● AKTOR FILEM POPULAR
1. Beto Kusyairy
2. Datuk Adi Putra
3. Fattah Amin
4. Zizan Razak
5. Zul Ariffin

● AKTRES FILEM POPULAR
1. Ahirine Ahirudin
2. Diana Danielle
3. Janna Nick
4. Maya Karin
5. Sophia Albarakbah

● AKTOR TV POPULAR
1. Aedy Ashraf
2. Ben Amir
3. Kamal Adli
4. Meerqeen
5. Redza Rosli

● AKTRES TV POPULAR
1. Anna Jobling
2. Puteri Sarah Liyana
3. Raysha Rizrose
4. Sharifah Rose
5. Siti Saleha

● PENYAMPAI RADIO POPULAR
1. DJ Lin
2. DJ Sonic
3. Haiza
4. Johan
5. Tyzo

● PENGACARA TV POPULAR
1. Alif Satar
2. Elly Mazlein
3. Hawa Rizwana
4. Janna Nick
5. Sherry Alhadad

● ARTIS KOMEDI POPULAR
1. Bell Ngasri
2. Jaa Suzuran
3. Johan
4. Syahmi Sazli
5. Zizan Razak

7 KATEGORI EKSTRA
● COUPLE TV POPULAR
1. Aniq Suhair & Siti Khadijah Halim (Sekali Lagi Cinta Kembali)
2. Aedy Ashraf & Amelia Henderson (Kisah Cinta Kita)
3. Kamal Adli & Uqasha Senrose (Setelah Terlafaznya Akad 2)
4. Meerqeen & Anna Jobling (Melur Untuk Firdaus)
5. Redza Rosli & Raysha Rizrose (Bisik-Bisik Gelora)

● COUPLE FILEM POPULAR
1. Datuk Aaron Aziz & Nadiya Nisaa (Dekatnya Cinta)
2. Farid Kamil & Ahirine Ahirudin (Rempit 2)
3. Naqiu & Elizabeth Tan (Mat Bond Malaya)
4. Zul Ariffin & Azira Shafinaz (Tablis Iblis)
5. Zizan Razak & Elizabeth Tan (Abang Long Fadil 3)

● DRAMA POPULAR
1. Bisik-Bisik Gelora
2. Kisah Cinta Kita
3. Melur Untuk Firdaus
4. Rindu Awak Separuh Nyawa 2
5. Sekali Lagi Cinta Kembali

● LAGU PALING BOOM POPULAR
1. Casablanca (Nuha Bahrin & Naufal)
2. Cinta Sejati (Aiman Sidek & Alin Sidek)
3. Gatal (Janna Nick)
4. Mimpi (Haqiem Rusli)
5. Terus Hidup (Aina Abdul)

● CONTENT CREATOR POPULAR
1. Arieff Yong
2. Alieff Irfan
3. DD Chronicle
4. Qawiyaro
5. Sofyank

● TIKTOKERS POPULAR
1. Aaabias
2. Aleeya Zailan
3. Hafiz Mahamad
4. Sally Whoo
5. Ustaz Ahmad Yusof

● LAWAK VIRAL POPULAR
1. Airiena Yahaya
2. Aldariya Dareesa
3. Ryan Bakery
4. Satthiya Kandi
5. Syahmi Sazli, Hasif dan Yoe Parey

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 13 Dec 2018
Featured Wed, 24 Apr 2024

Intan Najuwa Tayang Beli Pengering Rambut ‘Special Edition’, Netizen Tinggal Komen Sarkastik – “Tak Sia-Sia Kahwin Lelaki Tua”

Tu namanya rezeki…. tak baik orang saja je tunjuk hari dryer tu korang pula pegi kaitkan husband dia … memang nak kena lah!👀💥

Trending Fri, 20 Dec 2019
Hiburan Mon, 19 Jun 2023
Trending Sat, 20 Jun 2020

Gara-Gara Kentut Kuat, Pemuda Ini Didenda RM2,412

Ingat! Kentut pun kena boleh kena saman tau

Featured Mon, 3 May 2021

Pemohon Vaksin AstraZaneca Bakal Dapat Kemaskini Janji Temu Hari Ini

Pemohon vaksin AstraZeneca yang telah mendaftar bakal mendapat notifikasi melalui aplikasi MySejahtera hari ini berhubung kemas kini janji temu bagi tarikh pemberian vaksin masing-masing. Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin,kemas kini tersebut […]

Hiburan Wed, 11 Dec 2019

Video Lucah Tular, Ini Jawapan Zul Arrifin!

Teknologi sekarang makin canggih. Selapas ahli politik, Zul Ariffin pula menjadi mangsa ‘DEEPFAKE”.

Selebriti Thu, 14 Sep 2023
Hiburan Fri, 6 Dec 2019

Nadia Aqilah Lahirkan Cahaya Mata Sulung

Tahniah Nadia dan suami!