Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi December 1, 2023 @ 10:45am

Masalah Kesihatan Beransur Pulih, Jalil Hamid Reda Tiada Job – “Dalam Dua Hingga Tiga Tahun Ini Memang Tiada Pendapatan”

Pelakon veteran, Jalil Hamid bersyukur apabila masalah kesihatan jantungnya semakin beransur pulih.

Menurut Jalil atau nama lengkapnya, Abdul Jalil Abdul Hamid, 66, dia memaklumkan kini mendapatkan rawatan di hospital selepas membuat pembedahan pada tahun lalu.

“Sekarang ini memang saya makan ubat, ada rawatan di hospital kerana saya dikategorikan suspek masalah jantung selepas membuat pembedahan di bahagian esofagus sebelum Raya Haji tahun lalu.

“Dan ketika pembedahan tersebut ada juga masalah jantung bengkak. Saya ada degupan jantung hanya 21 dan operasi pembedahan tersebut tetap dijalankan ketika itu.

“Selepas itu ia beri kesan kepada bahagian jantung saya dan menyebabkan kaki saya bengkak dan sebagainya,” kongsinya kepada XTRA.

Jalil Hamid ditemui pada majlis Santai Selebriti bersama Mufti Selangor di Shah Alam, semalam.

Tambah pelakon filem Zombi Kampung Pisang itu, pihak hospital cuma memaklumkan bahawa dirinya mengalami masalah jantung bengkak.

“Saya juga baru membuat pemeriksaan kesihatan dua minggu lalu dan setiap bulan perlu pergi ke hospital untuk tujuan tersebut.

“Ada ketika pihak hospital saran untuk masuk wad tetapi saya tolak. Saya pun tak tahu keputusan ini bagaimana kerana mereka letakkan di bawah kategori jantung.

“Nak kata jantung sumbat, tidak pula. Cuma alasan mereka adalah jantung bengkak.

“Saya tak tahu nak cakap bagaimana, pada saya, saya boleh lalui kehidupan biasa mungkin kerana saya rasa saya boleh lawan lagi ketika ini,” katanya.

Kongsi Jalil lagi, dia juga memaklumkan sudah dua tahun lebih tiada sebarang tawaran berlakon dan berkongsi kos yang ditanggung bagi masalah kesihatannya.

“Mereka tahu saya ada masalah kesihatan, jadi memang tiada lah (tawaran berlakon), sebab orang pun bimbang juga perkara tak diingini berlaku.

“Terus terang saya cakap, dalam tempoh dua hingga tiga tahun ini memang tiada pendapatan. Apa yang mereka beri ibarat melepaskan kepayahan.

“Untuk ubat masalah jantung, bulanan sahaja dah cecah RM1,000, kena beli sendiri sebab hospital tak tawarkan dan selebihnya keperluan hidup.

“Itu perkara biasa (kesusahan), bila-bila waktu akan ada rezeki kita,” ujarnya sebak.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 15 Mar 2023

“Masa Duduk Flat Adalah Momen Paling Bahagia Saya” – Nurul Shuhada

Ni lah orang kata, bila suami susah ada isteri yang sentiasa beri sokongan,tapi bila suami dah senang lupa segala-galanya😥 Paling tak boleh blah, ringan pula tangan hinggap kat pipi isteri😡

Trending Tue, 19 Jan 2021
LIFESTYLE Thu, 25 Apr 2019

Spoil Mum & Dad This Parents’ Day with Classic Time Pieces

They’re gorgeous watches which your parents will absolutely treasure.

Hiburan Fri, 14 Jun 2019

Joey BPR Kemalangan Patah Tulang Rusuk

Susulan nahas itu, Joey turut mengalami patah empat tulang rusuk.

Trending Tue, 10 Oct 2023
Hiburan Sun, 9 Jun 2024

Menangis Ramai Bantu Buat Persiapan, Elfira Loy Kongsi Perasaan Gembira Bakal Tunai Ibadah Haji – “Masih Tak Percaya”

Alhamdulillah, murah rezeki El 🫶🏻 Selamat menunaikan Ibadah Haji El ☺️

error: Content is protected !!