Hiburan By: Fatin Nurain November 4, 2023 @ 4:30pm

Masih Aktif Gunakan Akaun IG Arwah Siti Sarah Untuk Perniagaan, Ini Penjelasan Shuib – “Itu Kenangan, Jangan Dibuang…”

Pelawak Shuib tampil memberikan penjelasan berkenaan tindakannya yang masih aktif menggunakan akaun Instagram arwah isterinya, Allahyarhamah Siti Sarah selepas sering menjadi persoalan dalam kalangan warganet.

Menurut Shuib, akaun Instagram (IG) arwah Sara itu sebenarnya dikendalikan oleh ibu mentuanya, Siti Fatimah atau lebih mesra disapa MakDer untuk menjalankan perniagaan Allahyarham, Loveta.

“Akaun Instagram Siti Sarah dipegang oleh MakDer atau pun Siti Fatimah di mana dulu dia gunakan media sosial untuk berniaga.

“Bila dia takda, perniagaan dia perlu berjalan, perlu diteruskan. Jadi, baiklah kita gunakan apa yang ada sebab situ pun pengikut dia dah ramai. Bagus untuk business sebab itu digunakan sampai sekarang,” katanya.

Shuib turut menyatakan ibu mentuanya itu sudah pun mendapat persetujuan daripadanya bahkan dia sendiri tidak mahu akaun IG tersebut dibuang kerana tersimpan banyak kenangan.

“Tak ada apa masalah pun, saya tahu kadang-kadang orang bertanya kenapa masih guna akaun arwah untuk itu dan ini. Benda tu pun persetujuan dari saya juga sebab kalau saya nak pakai untuk apa pun. Saya ada akaun saya sendiri.

“Jadi saya bagi dia guna itu untuk perniagaan sambil-sambil tu MakDer masukkan content anak dia sebab itu kenangan.

“Jangan dibuang sebab dah lama dah. Nanti kalau boleh scroll-scroll ada gambar kenangan lagi, jangan dibuat. Jadi, tak ada isu pun tentang penggunaan itu, Insya-Allah,” jelasnya.

Sumber: Instagram Hlive

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 10 Jul 2023

“Nak Kurus Kena Usaha, Bukan Tabur Fitnah”- Hafiz Suip

Kesian Hafiz tak pasal-pasal kena fitnah🥴

Hiburan Sat, 25 May 2019

《校园主播培训营》开跑!6月1日正式招募新学员

一年一度由ntv7与八度空间联手打造的2019年ntv7及八度空间《校园主播培训营》正式开跑!网上招募将从6月1日起开放报名~

Selebriti Wed, 12 Jul 2023
Hiburan Fri, 19 Aug 2022
Trending Sun, 10 Apr 2022
Featured Wed, 12 Jan 2022
Cahaya Mata Thu, 19 Jan 2023

Anak Emma Maembong Pura-Pura Nangis, Tapi Air Mata Tak Keluar – “Ada Bakat Lakonan Macam Mak Dia…”

Anak kepada pelakon Emma Maembong iaitu Shariq Gabriel sememangnya sering mencuit hati ramai dengan gelagat comel dan bijak. Tular sebuah perkongsian yang dimuat naik di laman Instagram yang memaparkan anak sulung lelakinya itu sedang pura-pura […]

Trending Mon, 8 Mar 2021

Sertai Jemaah Tabligh, Netizen Doa MK K-Clique Istiqamah, Mohon Buang Rantai Emas Yang Dipakai

Siapa sangka pemuda kelahiran Tawau Sabah yang seringkali menjadi kegilaan anak muda pada hari ini mengejutkan ramai peminatnya apabila anggota kumpulan K-Clique iaitu MK mengambil peluang untuk menyertai kumpulan jemaah tabligh di Jerantut Pahang pada […]

Hiburan Wed, 21 Jun 2023