Masih Menerima Tawaran, Indah Ruhaila Tidak Mahu Gelojoh!

Penyanyi yang terkenal menerusi lagu Percayalah ini, dianggap sudah lama menyepi sejak mendirikan rumah tangga pada Disember lalu. Namun, Indah masih mengakui masih memenuhi undangan nyanyian dan dalam masa yang sama beliau perlu fokus dalam perniagaan dan juga keluarga.

“Saya tidak pernah menyepi, malah masih aktif menerima tawaran menjayakan persembahan tertutup. Mungkin kerana jarang mendapat liputan, membuatkan ramai yang menyangka saya sudah tidak lagi menyanyi. Saya bersyukur masih mendapat kepercayaan biarpun sudah lama tidak menghasilkan lagu baharu. Selepas rumah tangga, banyak perkara yang perlu saya fokuskan.” Katanya

Sumber : instagram

“Tetapi, semu itu tidak pernah menghalang saya daripada meneruskan kerjaya yang saya minati ini. Alhamdulillah peminat juga sentiasa bertanya khabar dan ingin melihat saya kembali merakamkan album.” Tambahnya

Bagi Indah, tidak perlu terlalu gelojoh untuk menghasilkan album baharu kala, lagu yang dihasilkan hanya sekadar mahu memenuhi syarat sahaja. 

Sumber : Indah Ruhaila dan Suaminya

Tambahnya lagi, dia kini masih belum berbadan dua namun, sekiranya ditakdirkan rezeki itu miliknya beliau dan suami tidak akan menolak untuk menimang cahaya mata dalam mas yang terdekat.

Salma Syahbuddin