Mawar Rashid Timang Anak Perempuan, Tahniah!

Tahniah buat pelakon jelita, Mawar Rashid yang selamat melahirkan anak pada malam tadi (Rabu, 11.33 malam).

Berita gembira ini disampaikan oleh suaminya, Raf Yaakob menerusi sebuah entri di Instagramnya.

“Syukur Alhamdulillah. Tanggal 13/3/2019 jam 11.33 malam, isteriku @mawarashid selamat melahirkan anak pertama kami secara normal, seperti yang diimpikan.

“Both mummy and baby are fine. But today, kita bagi Mawar and @mawaraf_jr rehat dulu ya?

“Insyaa’Allah besok kita update lagi. Thank you kepada semua yang banyak mendoakan,” tulisnya.

Sebilangan besar pengikut pasangan selebriti ini mengucapkan tahniah dan turut mendoakan kesihatan bayi comel mereka itu.

Raf atau nama sebenarnya, Raden Ahmad Faizal Yaakob bernikah dengan Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid pada 9 November 2017.

Hasil perkahwinan terdahulu, Raf dan bekas isteri dikurniakan dua anak, Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela.

SGMS Faida