Atasi Masalah Gusi Dengan Cara “Gumbatte” Bersama Aeril dan Wawa!

Penjagaan oral sememangnya sangat penting, bukan sahaja untuk kesihatan diri malah untuk menambahkan keyakinan terutama apabila berada di khalayak ramai. Nafas berbau, gigi rapuh, gusi berdarah dan sebagainya antara masalah utama yang sering dihadapi oleh ramai orang. Tapi, sekarang korang tak perlu lagi risau ada caranya untuk mengatasi masalah gusi iaitu melalui “Gumbatte”.

Apa itu Gumbatte? Buat pengetahuan korang, Systema telah melancarkan satu kempen pemeriksaan kesihatan gusi dan kerjasama Persatuan Doktor Pergigian Malaysia. Tujuan utama kempen ini diadakan adalah untuk membantu rakyat Malaysia mencapai tahap kesihatan oral yang lebih baik.

Bagi memeriksa tahap kesihatan oral dan gusi korang, korang kini boleh melayari laman web gumhealthcheck.com untuk membuat penilaian dalam talian secara percuma.

Mengambil sempena perkataan Jepun iaitu ‘Ganbatte’ yang bermaksud ‘anda boleh melakukannya, tagline ini menyeru rakyat Malaysia menjaga kesihatan gusi dan mecapai 1 juta pemeriksaan gusi.

Duta bagi kempen ini iaitu pasangan pelakon selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal turut melahirkan keprihatinan mereka terhadap peri pentingnya masalah kebersihan oral gusi yang dihadapi dalam kalangan masyarakat. “Saya tidak sedar mengenai kesan masalah gusi ini,  jika tidak dibendung ianya mempunyai kaitan dengan serangan jantung, Alzheimer dan sebagainya” ujar Aeril Zafril yang ditemui di majlis kempen Systema di One Utama.

Saksikan video Systema “Gumbatt”  bersama Aeril Zafril dan Wawa Zainal. 

Ad Ops