“Saya Tak Pernah Pilih Watak”- Syafiq Kyle

Kalau sudah jadi pelakon popular pastinya pelakon tu akan memilih jenis watak ataupun projek lakonan kan? Tetapi berbeza pula dengan teraju utama drama bersiri Nur yang popular dengan watak ustaz Adam iaitu Syafiq Kyle.

Syafiq mendedahkan bahawa dirinya tidak pernah memilih sesuatu watak apabila ditawarkan projek lakonan. 

“Saya tidak pernah memilih watak. Kalau pilih biasanya kita tak akan dapat. Apa yang mereka bagi, itulah yang saya akan terima dan jayakan dengan sebaik mungkin”, kata Syafiq Kyle yang ditemui di majlis pelancaran E! dan Media Prima TV Networks di Hotel W, Kuala Lumpur semalam.

Drama bersiri Nur bukan sahaja membuatkan para penonton menggilai watak ustaz Adam yang dibawakan oleh Syafiq Kyle sebaliknya “chemistry“lakonan antara Amyra Rosli dan Syafiq Kyle juga menjadi perbualan ramai terutama netizen. Bak kata orang, favourite on screen couple.

Sumber: TV3 Malaysia Instagram

“Sebelum ini saya dan Amyra sudah lama bekerja bersama-sama, banyak projek lakonan saya bersama Amyra. Jadi “chemisty” itu senang untuk diwujudkan apabila bergandingan bersama Amyra”, tambah Syafiq lagi.

Ditanya mengenai projek seterusnya, Syafiq mengakui bakal muncul dengan drama terbaru bergenre Action. Buat peminat drama bersiri Nur, pastinya korang ternanti-nanti akan sambungan drama ini. Nur 2 akan kembali menemui penonton pada pertengahan Mac ini. 

 

Ad Ops