Menang Kategori Sama Lakar Sejarah Tersendiri Buat Fattzura

Pasangan suami isteri sensasi, Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin menyifatkan kemenangan malam tadi sebagai kenangan paling manis dalam hidup.

Apa tidaknya, pasangan popular ini membawa pulang trofi bagi kategori sama iaitu, Pelakon TV Lelaki dan Wanita Popular.

“ Kami berterima kasih dengan drama Hero Seorang Cinderella yang memberi banyak kenangan manis dan juga menjadi lokasi pertemuan kami, bercinta dan berkahwin.

“ Drama itu juga membantu kami menang anugerah utama bersama, selain Pasangan Serasi Drama. Ia memang kenangan paling manis dan melakar sejarah tersendiri buat kami,” katanya yang terharu.

Dalam masa sama, Fazura turut berterima kasih dengan kumpulan peminat yang mengundi siang dan malam.

“ Mereka adalah kekuatan saya. Sokongan padu tidak berbelah bahagi. Saya sangat terharu… terima kasih,” katanya.

Fattah dan Fazura turut memenangi kategori Pasangan Serasi Drama, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31. Tahniah Fattzura

SGMS Faida