Menang Kejohanan Golf, Safee Sali Berjaya Bawa Pulang Kereta Mazda!

Bekas penyerang Harimau Malaya, Safee Sali berjaya membawa pulang sebuah kereta jenama Mazda selepas memenangi Kejohanan Golf Mazda Trophy 2022 di Glenmarie Kelab Golf & Desa (GGCC), semalam.

Menerusi perkongsian di Instagram, Safee telah memuat naik video dirinya yang meraikan kemenangan itu bersama keluarga.

“Hole In One. When You Believe That Allah Stand With You, Then Its Does Not Matter Who Stand Against You, Trust The Powerful Of Allah,” tulisnya.

Selain itu, penyerang Kuala Lumpur City FC itu turut membawa pulang beberapa hadiah lain termasuklah baucar bernilai RM2,000 yang disumbangkan oleh Glenmarie Golf & Country Club.

Selain bermain bola, kehebatannya dalam kejohanan golf itu turut dikagumi pengikutnya yang rata-ratanya mengucapkan tahniah dan memujinya.

“Tahniah dan hebat player niii,” komen seorang pengikutnya.

“Mantappp la bey.. Alhamdulillah…” tulis seorang peminatnya.

Fatin Nurain