Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 26, 2022 @ 5:50pm

“Mereka Tak Hormat Kita, Kenapa Kita Nak Hormat Mereka?” – Hattan Pegang Prinsip Tidak ‘Angkat’ Lagu Indonesia

Pengaruh lagu dan bait-bait lirik dalam himpunan lagu-lagu Indonesia semestinya begitu dekat dihati.

Malah, garapan liriknya yang seakan-akan terselit puisi itu seringkali memikat dan berjaya mencuri perhatian pendengar di Malaysia.

Justeru itu, pelantun lagu Mahligai Syahdu, Datuk Hattan tampil menyuarakan pendapat beliau mengenai isu ‘terlampau’ mengagungkan lagu seberang berbanding lagu tempatan.

Tegasnya, bukanlah niat untuk bermusuh atau tidak mahu mendengar langsung lagu-lagu dari Indonesia namun, sebagai anak seni yang telah berkecimpung dalam industri lebih 31 tahun, Hattan akui nekad berpegang pada prinsip dan jati dirinya.

“Mereka tak hormat kita, kenapa kita nak hormat mereka? Bukan kita kena bermusuh, tapi kita kena ada jati diri.

“Dia (Indonesia) main lagu kita tak? Tak. Budak ‘busking’ dia saja yang main lagu kita. Tapi, hakikatnya, dia tak main pun lagu kita (secara komersial), katanya.

“Mereka datang ke sini, kita tak suruh pun tukar lirik ke Bahasa Malaysia…”

Selain itu, Hattan memaklumkan bahawa tindakan pihak tersebut untuk menukar lirik lagu Bahasa Malaysia ke bahasa Indonesia adalah dianggap sebagai tidak menghormati industri seni negara ini.

“Senangkah untuk kita ke sana, promosikan lagu kita? Siapa artis yang tak nak masuk ke sana? Saya dengan Wings, kami memang tak nak ke sana sebab mereka suruh rakamkan lagu dengan menukar lirik ke bahasa mereka sebagai strategi pemasaran.

“Mereka datang ke sini, kita tak suruh pun tukar ke Bahasa Malaysia dan kita terima saja. Sebab itulah saya tak hairan dan menjadi salah seorang yang tak nak,” jelasnya.

 

 

Sumber : Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 2 Feb 2021
Hiburan Sun, 14 Oct 2018

Projek Baru? Tunggu Dulu, HUJAN Nak Rehat

Paling tak boleh lupa, Hujan pernah dua hari tak tidur demi memastikan konsert ini berjalan lancar. Pendek kata, persiapan konsert kali ini memang dasyat!

Hiburan Mon, 9 Jul 2018

Glamour Punya Pasal, Cinta Zayn Malik Dan Gigi Hadid Dibuat-Buat?

Baru-baru ini, media antarabangsa melaporkan Zayn meninggalkan kediaman Gigi di New York. Tapi bukan bergaduh tau! Difahamkan pasangan ini sempat bercium sebelum penyanyi lelaki itu keluar dari situ. Semoga baik-baik sajalah ya…

Hiburan Wed, 31 Jan 2018

Suara Anuar Zain ‘Ubat’ Mujarab Betul Ke?

BCL, Anuar Zain & Yuna Kharisma Live in Concert’ akan menampilkan gabungan tiga artis serumpun itu dalam satu pentas

error: Content is protected !!