Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 24, 2022 @ 8:00pm

Muka Dan Kepala Ditumbuk Bertubi-Tubi, Takut Tapak Dialisis Pecah… Ini Kronologi Bapa Dilanyak Pemandu Motorsikal – “Dialah Satu-Satunya Ayah Yang Saya Ada…”

“Sebagai anak yang menguruskan ayah saya yang sedang sakit buah pinggang (Dialisis), luluh hati ini melihat dia dipukul. Adakah dia layak dipukul sebegitu rupa.??”

Itu adalah perasaan yang dapat digambarkan oleh anak kepada warga emas yang tular baru-baru ini akibat dibelasah seorang lelaki di tepi jalan berdekatan Padang Jawa, Shah Alam.

Menurut pemuda yang didakwa anak kepada mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Azzali Zainoldin, bapanya yang berusia 61 tahun itu baru sahaja menjalani rawatan dialisis sebelum insiden berkenaan berlaku.

Tegasnya, kronologi kes bermula apabila mangsa yang sedang memandu bersedia untuk membuat pusingan ke arah kanan sebelum naik ke jambatan melalui jalan bawah jambatan.

Namun, siapa sangka secara tiba-tiba sebuah motosikal yang dipercayai milik suspek yang ditunggang dengan begitu laju memintas kereta mangsa sebelum dilaporkan membuat pusingan U dan pergaduhan berlaku.

“Bukan untuk ke kanan menaiki jambatan. Tetapi dia memintas di sebelah kanan untuk terus ke jalan Mat Raji. Disebabkan itu, suspek merasa tidak selamat dan terus memaki ayah saya dengn jeritan yang kuat. 

“Sebagai seorang yang tua dan berumur, ayah saya rasa bersalah dan dia keluar dari kereta untuk melihat apa yg terjadi kerana risau jika ada perlanggaran dan terdapat sebarang kecederaan terhadap suspek tetapi tiada sedikit pun pelanggaran berlaku selepas  semuanya dipastikan.

“Namun, kerana tidak puas hati dan meliht ayah keluar dari kereta, suspek membuat pusingan U dan kembali ke kereta sebelum mula menerajang dan menumbuk muka ayah.

“Tidak cukup lagi dia naik ke atas ayah dan tidak henti-henti menumbuk muka dan memijak badan ayah. Jika anda perasan ayah tidak melawan kerana tidak berdaya. Malah, hanya melindungi lengan kiri dan pinggangnya daripada tercedera kerana takut tapak dialisis pecah ataupun terputus,” katanya.

Tambahnya lagi, ayahnya kini masih berada dalam keadaan lemah akibat insiden terbabit selain mengalami kesakitan pada rusuk kirinya.

“Dialah satu-satunya ayah yang saya ada untuk saya jaga.

“Selepas insiden ayah dibawa ke Hospital Shah Alam dan selepas discaj ayah masih berada dalam keadaan lemah selain mengadu bahawa rusuk kirinya mengalami kesakitan,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim memaklumkan punca kejadian masih dikenal pasti dan ujian air kencing mendapati suspek berusia 23 tahun itu negatif dadah.

Dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan.

 

@utusantvofficial Kejadian berlaku di Padang Jawa, Shah Alam. Kedua-dua individu sedang buat laporan polis | Mohd Faizal Wahid | 22 MEI 2022. #TrendingNewsMalaysia #beritaditiktok #fyp ♬ Horror atmosphere piano & SE. – Kohrogi

 

 

Sumber : Mstar, Utusan, TikTok

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 27 Jul 2024
Hiburan Thu, 29 Sep 2022
Hiburan Thu, 17 May 2018

“Menulis Bukan-Bukan Dan Tanpa Usul Periksa” Anuar Zain Kata Netizen Kurang Ajar!

Anuar Zain yang juga merupakan adik kepada Ziana Zain ini tampil memberikan kenyataan bahawa netizen seharusnya tidak menulis sesuatu perkara negatif dan membuat spekulasi terhadap isu berkaitan situasi rumah tangga kakaknya

Hiburan Tue, 2 Aug 2022

“Tunggu Kami Kahwin” – Azri Iskandar Sah Sudah Bertunang

Azri Iskandar mengesahkan sudah tunang dengan Dr Azra Diera.

Hiburan Sun, 21 Sep 2025
Featured Thu, 9 Apr 2026

Alami Alahan Teruk Pada Trimester Pertama, Nelydia Senrose Sebak Kongsi Momen Bakal Bergelar Ibu – “Ini Adalah Apa Yang Saya Doakan Selama Ni’

Pelakon, Datin Nelydia Senrose meluahkan rasa syukur apabila akhirnya dikurniakan rezeki zuriat selepas tujuh tahun penantian.

Trending Sun, 25 Apr 2021
Trending Wed, 2 Oct 2019
error: Content is protected !!