Hiburan By: SGMS Faida March 15, 2019 @ 12:14pm

‘Minta Maaf Sebelum Pukul 6, Kalau Tidak…’- Che Ta Kesal Bekas Pemandu Tak Muncul Di Sidang Media

Susulan dakwaan bekas pemandu pelakon Rozita Che Wan mengenai tunggakan gaji, sebuah sidang media telah diadakan pada pagi ini di Hotel Royal Chulan Damansara.

Pelakon jelita itu yang tampil bersama peguamnya, Wan Sarimah Wan Husain serta suami, Zain Saidin memberi tempoh sehingga pukul 6 petang hari ini agar bekas pemandunya itu membuat permohonan maaf secara terbuka.

“ Saya kesal dengan keenganan beliau tampil hari ini untuk memohon maaf secara terbuka walaupun secara terang kenyataannya berunsur fitnah dan memalukan saya.

“ Saya beri peluang kepada beliau sehingga jam 6 petang ini untuk membuat permohonan maaf secara terbuka jika gagal, maka tindakan undang-undang akan dikenakan terhadapnya,” tegas peguamnya. 

Dalam masa sama, Wan Sarimah turut mengingatkan pengguna media sosial agar lebih berhemah dan tidak menyalahgunakan media sosial untuk memalukan individu lain.

“ Setiap apa yang ditulis atau dikatakan, anda harus bertanggungjawab dan sedar bahawa anda mungkin berdepan dengan tindakan undang-undang.

“ Hentikan budaya ‘viral’ memburukkan orang lain di media sosial kerana ia bukan tindakan matang dan baik,” nasihatnya.

Sementara itu, pelakon berasal dari Kedah ini turut menjelaskan sidang media ini diadakan bukan berniat memanjangkan isu tetapi untuk meleraikan masalah.

“ Saya bukan artis pertama yang menjadi mangsa viral di medi sosial. Saya rasa terpanggil untuk mengetengahkan isu ini agar menjadi pengajaran untuk semua netizen di luar sana.

“ Perlu sedar apa yang kita tulis, taip, siar dan tular di media sosial, segalanya ada implikasi dan risiko tertentu. Jangan sesuka hati salah guna media sosial sehingga menjatuhkan maruah dan nama baik individu lain seterusnya tidak mahu bertanggungjawab dengan tindakan tersebut,” akhirinya.

Terdahulu, bekas pemandunya bernama Muhamad Riduan Mohd Mizol mendakwa tidak menerima gaji berjumlah RM2,000 daripada pelakon berkenaan. Beliau kemudian menularkan isu berkenaan di sosial media yang menimbulkan kemarahan pengikut Che Ta di Instagram. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kisah Viral Sun, 12 Jun 2022
Hiburan Fri, 5 Jul 2019

Terima Kasih, Abang Nam Ron!

Saya akui sebagai pelakon baharu, agak susah untuk menjiwai sesebuah watak.

Featured Fri, 3 Sep 2021

KKM Bincang KPM Wajibkan Guru Ambil Vaksin

Susulan terdapat isu sesetengah guru yang menolak vaksin, Kementerian Kesihatan dijangka mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pendidikan berhubung dasar mewajibkan pengambilan vaksin dalam kalangan guru di sektor pendidikan. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, ini kerana langkah […]

Hiburan Thu, 13 Jun 2019

Patutlah Makin Cantik, Ini Rupanya Rahsia Mimifly!

Mimi yang melalui episod kehancuran rumah tangga pada tahun 2017 turut menekankan kepentingan kesihatan mental seiring bersama penjagaan tubuh.

Hiburan Wed, 3 Aug 2022

“Saya Dambakan Wanita Berpurdah” – Noki K-Clique Mahu Perbetulkan Diri

Noki K-Clique mahu perbaiki diri dahulu, impikan wanita berpurdah sebagai teman hidup.

Hiburan Tue, 19 Nov 2019

2020农历新年倒数派对!多位知名艺人山上陪你过大年

2020鼠年春晚众星云集云星剧场,带来乐趣和动感十足的跨年演出!